TidakTergamak Dan Tidak Tertelan Juga

TIDAK TERGAMAK DAN TIDAK TERTELAN JUGAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Bila berkumpul beramai-ramai baik itu disatu majlis atau di tempat kerja ke, bila ada ramai orang tentu banyak perkara yang perlu dijaga dan mesti jadi lebih sensitif dengan persekitaran. Maklum sahaja dengan diri sendiri, diri orang lain dan situasi ketika itu juga hari-hari sebelum dan akan datang. Selain perlu sensitif dengan pilihan kata-kata ketika mahu bersembang, ada hal lain juga perlu diambil kira dan jangan dipandang ringan.

Makan dan makanan. Rezeki kita dan orang lain tidak sama. kalau kita ada rezeki lebih apa salahnya kongsi sorang sedikit. kalau rasa tidak cukup untuk semua, cukup-cukup untuk diri sendiri, tolong sembunyi dan jarakkan diri sedikit bila mahu makan atau menikmati menu apa pun itu. kalau boleh elakkan daripada orang lain tengok kita makan, ada orang memang tak kisah. Orang lain tak kisah dan kita pun tak kisah maksudnya kita bersahaja je makan depan-depan orang dan orang lain tengok je. Ada orang rasa teringin bila nampak orang lain makan dan orang yang makan tu pun pandai jaga perasaan orang lain. Entahlah, mungkin ini hal kecil pada orang lain tapi tidak pada PC.

Tidak tergamak rasanya PC makan orang lain tengok je. Dan tak tertelan juga. Walau mungkin orang tu tak kisah tapi PC sendiri ada rasa tak sedap. Sebab PC letak diri pada situasi, cuba orang makan tak pelawa tapi makan saja-saja mahu tak terliur tengok. Kalau pun kita tak belikan, pelawa ajak beli sama-sama, makan sama-sama. Kalau kerja sama-sama, satu pejabat ke, kalau nak pesan makanan tak salah tanya semua orang siapa nak buat pesanan sekali, jelaskan pesan sekali bayar masing-masing. Rasanya tidak menjadi masalah pun. 

Sedih bila waktunya makan pun ada kasta. Ada puak-puak dan ambil kisah kedudukan atau pangkat. Sedih sangat. Tempat makan berbeza, tak boleh bercampur makan sama-sama. Ibaratnya ''ini kawasan kami'', ''sana kawasan kau orang''. Atau memang ada undang-undang begitu. Atau sebenarnya ianya berbalik pada diri sendiri juga. Bagi PC ini semua boleh diubah kalau ada kemahuan.

Kau mati, aku pun akan mati. Boleh jadi hari ini orang yang kau bezakan dan dindingkan dengan pangkat atau kedudukan tidak setara kau itulah yang akan urus sepenuhnya jenazah kau nanti. Sedang orang yang kau letak dan asingkan dia itu akan diuruskan jenazahnya orang orang setara kau masa kau hidup. Ada banyak cara Tuhan mahu  memuliakan hamba-hambaNYA. Jangan mudah bina sempadan kalau akhirnya diri sendiri tidak pasti lagi seperti apa nanti.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
TidakTergamak Dan Tidak Tertelan Juga

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Rezeki dikongsi bersama
    Tak kita darjat atau pun pangkat.

    BalasPadam
  2. zaman saya kerja dulu..bos tak bg saya duduk semeja dengan budak lori. dia suruh jaga standard.

    BalasPadam
  3. Sedihnya bila ada double standard di tempat kerja. Suasana yang tak sihat.

    BalasPadam
  4. kita inginkan persamaantapi tiasa ada perbezaan ketara

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama