ADA HARGA YANG PERLU DIBAYAR. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Sebelum membeli adalah lebih baik lihat dulu berapa harganya. Kalau boleh buatlah perbandingan harga. Kadang dengan kualiti yang sangat hampir sama tapi boleh dapat dengan harga yang jauh berbeza. Apatah lagi dalam situasi sekarang, mana boleh jimat, pilihlah untuk berjimat. Mana memang perlu mengeluarkan kos yang tinggi, keluarkanlah. Ada harga tidak boleh dinilai dan dilihat dengan digit. Tapi mesti dinilai dengan mata hati, dengan rasa.
Sebenarnya, dalam hidup ini sangat banyak dan ada harga yang perlu dibayar oleh kita. Rasanya seperti tidak ada apa-apa, tapi akibat apa pun itu sebenarnya ia adalah satu harga yang perlu kita bayar rupa-rupanya. Bayar tidak semestinya dengan wang ringgit. Ada yang perlu dibayar dengan satu penyeasalan. Atau mungkin perlu dibayar dengan kesediahan yang bukan calang-calang. Tidak mustahil perlu dibayar dengan kesakitan dan penderitaan yang berat dan mencabar juga.
Kaedah lebih mudahnya adalah, apa yang awak beri itu yang bakal awak terima semula nantinya. Apa yang awak semai itulah nanti pokok yang bakal tumbuh. Di mana, bila dan bagaiamana itu bukan urusan kita kerana itu semua di bawah pengurusan Tuhan yang merencana semuanya. Tidak akan pernah ada yang terlepas atau tercicir walau sedikit diperhitunganNYA.
Semakin besar dan berat apa yang dilakukan semakin tinggi harga yang perlu kita bayar juga. Tidak mudah sebenarnya, kerana ini bukan urusan berjual beli, sebaliknya urusan timbal balas, di mana melibatkan tindakan atau perbuatan dengan akibat yang nanti seperti apa perlu diterima. Kalau hari ini berasa senang dengan apa yang kita sendiri sebenarnya tahu Tuhan tidak senang dengan cara kita, ada harga yang perlu dibayar kerana kita sengaja seperti mencabarNYA. Bagitu juga sebaliknya, kalau apa yang dibuat itu baik-baik sahaja makan harga yang wajar kita terima dan nikmati juga lumayan.
Apa sahaja tingkah kita, dengan sesiapa pun ketika di dunia ini, suatu masa ada harga yang perlu dibayar dan kita terima juga. Sekian.
Tinta Perdu Cinta ❤
Ada Harga Yang Perlu Dibayar
Tags:
Santai
Semua ada harga kan PC
BalasPadamJika dibayar dgn penyesalan...takda gunanya dh..
BalasPadamBayar tu erti kata lain apa yang dilakukan pasti ada balasan. betul tak?
BalasPadamsemuanya ada harganya
BalasPadamya bayaran yg setimpalmesti tunaikan
BalasPadamBetul tu PC.. tidak di dunia, di akhirat nanti pasti..
BalasPadam