AKU MAHU MENJADI KAYA TETAPI
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
Kaya
Siapa yang tidak mahu
Siapa yang tidak suka
Siapa yang menolak
Ada barangkali
Cuma aku langsung tidak tahu
Selitkan dalam doa
Banyak doa
Berjela-jela meminta
Yang benci meminta-minta itu manusia
Tapi Tuhan paling suka
Mintalah apa sahaja
Minta padaNya sentiasa
Dalam banyaknya apa yang diminta
Dalam banyaknya yang didamba
Cuba doa minta
AKU MAHU MENJADI KAYA
Ya Allah
Aku mahu menjadi kaya
Ya kaya
Kaya yang bukan hujungnya sia-sia
Kaya yang bukan untuk menganiaya
Kaya yang bukan untuk bermegah juga
Kaya yang bukan untuk memiskinkan
Kaya yang bukan jadikan aku hamba derhaka
Tetapi Ya Allah
Aku mahu menjadi kaya
Kaya yang kaya dengan keberkatan
Kaya yang tidak berasa miskin bila memberi
Kaya yang terus kaya kerana lebih menghulur
Kaya tapi sedar diri semua cuma pinjaman
Kaya yang boleh buat kaya di akhirat juga
Aku mahu kaya
Andai kaya itu buat aku menjadi lebih baik
Andai kaya itu buat aku lebih taat
Andai kaya itu buat aku lebih syukur
Kayakan aku
Jika sebaliknya
Cukup ENGKAU kayakan
Hatiku untuk mencintaiMU
Imanku untuk teguh bersamaMU
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Aku Mahu Menjadi Kaya Tetapi
Tags:
Santai
Semoga kita semua kaya di dunia dan berbahagia di akhirat jua, Amiiinnn.
BalasPadamAamiin..aamiin..aamiin.
PadamManusia ni ego...
BalasPadamSebab tu taknak meminta....
Kadang yang diminta merapu rapu..
Padam