Ayyash Affan Peninggalan Dan Amanah Terakhir Siti Sarah Untuk Shuib

AYYASH AFFAN PENINGGALAN DAN AMANAH TERAKHIR SITI SARAH UNTUK SHUIBبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Sehari dua kebelakangan ini PC sangat tertarik untuk ambil tahu berita perkembangan Siti Sarah. Tidak kenal. Tapi tahu. Tidak pernah bertemu muka tapi selalu melihat dari media sosial. Sehinggalah perkhbaran yang mendebarkan setiap hari ini terjadi. Semakin kencang degupan jantung dan semakin mahu mengikuti setiap berita kesihatannya. Allahu. Nalusi saudara seagama. Indah. 

Siapa tidak mengenal suaminya Shuib salah seorang anggota kumpulan Sepahtu. Jenakanya menghibur. Jadi siapa pula yang tidak kenal dengan bidadari yang seorang ini, Siti Sarah binti Raisuddin yang merupakan isteri kepada Shuib kan. PC tidak mengikuti perkembangan bidang seninya kecuali suaminya kerana sangat sinonim dengan rancanagan lawaknya. Namun kali ini PC ikuti rapat. Setiap kali itu juga air mata mengalir. Kita semua bersaudara. Tidak sedarah tapi seagama dan seketurunan daripada Adam dan Hawa.

Sedang mengandungkan zuriat keempatnya, Siti Sarah disahkan positif COVID19. Allahu. Melibatkan dua jasad. Melibatkan dua nyawa. Melibatkan banayak hati dan perasaan. Suaminya dan tiga lagi anaknya Uwais Alqarni, 10 tahun, Dzahira Talita Zahra, 8 tahun dan Ariq Matin, 6 tahun.

Ayyash Affan peninggalan dan amanah terakhir Siti Sarah untuk Shuib. 6 Ogos 2021. Lebih kurang jam 5 petang, anak bongsu pasangan ini dilahirkan dengan kaedah pembedahan dalam keadaan Siti Sarah ditidurkan. Ayyash Affan, ketika ini yang baru berusia kurang seminggu sejak selamat dilahirkan oleh bondanya yang kini telah kempali kepada Penciptanya. Allahu. 

Ya, setiap yang hidup pasti akan mati. Pasti,cuma berbeza cara, masa dan tempatnya sahaja. Banyak asbabnya. Banyak sangat. Dewasa ini, sekarang ini COVID19  menjadi salah satu asbab berjuta yang kembali kepadaNYA, termasuklah Siti Sarah. Ya. Salah seorang yang turut terkorban. 

Ayyash Affan Peninggalan Dan Amanah Terakhir Siti Sarah Kepada Shuib

5.13 PAGI
9 OGOS 2021
15 SEPTEMBER 1984 HINGGA 9 OGOS 2021

Sarah, bersemadilah dengan tenang dan bahagia. Tugas-tugas dan tanggungjawab mu di dunia ini telah berakhir dengan mahunya DIA. DIA lebih sayang dan DIA lebih rindu pada dirumu. Semoga segala amal dan ibadahmu menjadi benteng paling ampuh dan rohmua dikumpulkan dibawah satu lembayung para solihan yang mewah dengan kasih sayangNYA. Bermulalah kehidupan yang baharu. Kekal abadi selama-lamanya.

Al Fatihah.

Ayyash Affan Peninggalan Dan Amanah Terakhir Siti Sarah Kepada Shuib

Ayyash Affan, semoga tumbuh menjadi anak yang soleh. Lihat segenap tubuhmu, sebahagiannya adalah darah daging ibumu yang satu masa telah berjuang  benar-benar hingga nafas terakhirnya.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Ayyash Affan Peninggalan Dan Amanah Terakhir Siti Sarah Untuk Shuib





PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Salam takziah buat ahli keluarga mereka
    Semoga rohnya dicucuri rahmat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Mudah-mudahan mereka sentiasa tabah dan bersabar.

      Padam
  2. Amin..moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bsama org yg beriman.
    sedih sgt dgr berita ni..xtahu kpe..terkesan sgguh dihati ni..PC

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama