BAHAGIA MEMANG BAHAGIA TETAPI MENDERITA LEBIH LAMA. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Semua orang dan makhluk mahukan kebahagiaan dan ada hak untuk merasai kebahagiaan. Tidak kira siapa pun itu tentu sentiasa mendambakan rasa bahagia mewarnai kehidupannya. Sungguh. Rasa ahagia itu tidak mampu dijual beli. Tidak boleh menjadi bahagia dalam kepura-puraan.
Meraih rasa bahagian dan mempunyai rasa kebahagiaan ada dua cara. Bahagia kerana membahagiakan dan memperlakukan kebaikkan atau hal-hal baik kepada sesama insan dan makhluk atau cara kedua, mncari, mendapatkan dan merasakan bahagia dengan cara menyakiti, menzalimi atau membinasakan orang atau makhluk lain. Cara pertama PC tidak mahu ulas kerana itu bukan satu masalah besar. Sebaliknya cara kedua yang sangat mahu PC bahaskan.
Berasa bahagia menyakiti, menzalimi, atau membinasakan orang dan makhluk lain. Ada orang sangat rasa bahagia bila melihat orang lain atau makhluk lain berada dalam kesakitan dan kesusahan. Serius ada ya orang macam ni. Lebih menderita orang, lebih terburuk dan terperuk keadaan orang dia rasa lebih bahagia dan puas hati. Sebenarnya ''lebih rasa puas hatinya''. Nikmat baginya atas mengalirnya air mata orang lain. Sengsaranya makhluk lain seperti haiwan sebagai contoh. Bila tidak menyusahkan atau menyakiti tidak sempurlah hidupnya. Ada gangguan jiwakah. Atau kelaianan dalam dirinyakah. Wallahuaklam.
Ada banyak faktor juga. Boleh jadi sejarah silam. Atau pengalaman hidup yang dilalui. Mungkin juga terhindar daripada faktor-faktor lain, sejarah silam dan pengalaman hidup memang diri sendiri wataknya begitu. Fuh. Bahaya. Mencari titik kepuasan. Setiap orang ada cara masing-masing mendapatkan kepuasan dalam hidupnya. Ada yang caranya sederhana dan ada juga mesti berlebihan.
Bahagia memang bahagia tetapi menderitanya akan lebih lama dan berterusan. Inilah beban besar yang akan ditanggung bagi orang yang berasa dan mencari kebahagiaan atas sakit, jatuh dan penderitaan orang lain angkara perbuatannya. Ya memang dia rasa sangat bahagia, tapi bahagia yang sekejap sahaja. bahagia yang macam palsu dan tawar. bahagia yang penuh dengan duri dan racun. Pada zahirnya dia nampak bahagia atau sangat bahagia tetapi tidak pada dasarnya. Rasa serba salah. Rasa bersalah. Rasa takut. Semua bercampur-aduk. Seperti berada dikilang benang yang kesemuanya kusut dan tidak tahu mahu mencari punca kekusutannya. Apatah lagi rasa ketenangan. Jauh dan sentiasa menjauh. Fizikalnya nampak sihat tapi batinnya bercelaru.
Ingat ya. Apa sahaja yang kita lakukan akan mempengaruhi kehidupan kita baik di dunia apatah lagi di akhirat. Kalau hari ini berasa bahagia, gembira dan puas berjaya menjatuhkan atau menyakiti sesiapa sahaja yang disasarkan, ianya tidak akan menjamin apa-apa. kalau hari ini lepas dan terlepas, esok terlepas lagi, lusa berjaya lagi lepaskan diri daripada dikesan atau diketahui orang lain angkara kita, nanti suatu ketika bila semua Tuhan balikkan kepada kita, belum tentu kita berdaya untuk menerimanya.
Taubat dan berhentilah kalau sudah dan sedang melakukan. Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Bahagia Memang Bahagia Tetapi Menderita Lebih Lama
Tags:
Santai
peringatan yang baik
BalasPadamSalam ziarah..sabar adalah iman dan cara tak kala rasa sedih dan derita. Ada Allah melindungi kepada hambaNya yang beriman dalam kesusahan..
BalasPadamBila rasa bahagia itu tandanya kita bersyukur pada hidup ini..takdir Allah berikan ya
BalasPadamSEMUA YG DIRASAI ADALAH NIKMAT HIDUP...SABAR N REDA
BalasPadam