BERCANGGAH BICARA ITU BERBAHAYA

BERCANGGAH BICARA ITU BERBAHAYAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Perangkap pada diri sendiri. Inilah yang akan terjadi apabila bercanggah bicara terjadi baik diri sendiri yang melakukan atau orang lain yang buat begitu. Mungkin ada yang sedar akan hal ini. Mungkin juga ada yang tidak sedar. Tapi, besar harapnya sedarlah diri sebelum bercakap di mana-mana dengan siapa juga kita bercakap. 

Sesetengah orang apa yang dia cakap dia ingat sungguh-sungguh. Tidak kurang juga ada yang cakap pun bersungguh-sungguh juga tapi bersungguh-sungguh lupanya. ''Alah dah cakap pun..lantaklah sana''. Macam ni bahaya sebabnya awak lupa dan anggap tak ada apa-apa tapi belum tentu orang yang dengar kata-kata awak tu boleh juga sungguh-sungguh melupakannya. Kan lain orang lain caranya. Kena ingat tu.

Hari ini cakap lain, esok cakap lain. Bulan depan eh lain lagi. Bercanggah bicara itu berbahaya. Sangat-sangat berbahaya, apatah lagi kalau perkara yang serius atau perkara penting. Memang tidak boleh disangkal manusia ada pelupanya, betul sangatlah tu kerana PC pun pelupa juga, tapi pelupa dengan lidah bercabang atau dusta dan auta yang mahu diubah jadi fakta bakal menjadi apa yang dibicarakan tidak konsisten.

Dalam bicara ada janji, ada cerita, ada jenaka. Lengkap semuanya. Dalam bicara juga ada dusta, ada fitnah, ada agenda. Semuanya dinilai oleh Tuhan. Dicatat oleh pencatat khas tetap. Kalau awak cakap tapi tak buat itu lebih baik dan ringan berbanding awak cakap kemudian awak buat lebih-lebih lagi perkara yang tidak baik. Memang berasap. 

Bersedialah untuk menerima sebarang bantahan atau kritikan bila berbicara dengan orang yang sama tetapi bicaranya bercanggah. Rezekilah kalau tidak disindir semula. paling tidak pun hilang kepercayaan sahaja. Amacam. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤
BERCANGGAH BICARA ITU BERBAHAYA


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. takut juga kalau tersalah cakap...

    BalasPadam
  2. Tu lah kadang2 bergurau tak kena tempat
    bila dah viral, salahkan orang lain

    BalasPadam
  3. Betul tu kak PC, ada orang kadang kadang ingat dengan details apa yang didengarnya, jadi masa bercakap tu beringatlah kan kak PC. Jangan bercanggah.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama