Boleh Tak Simpan Gadjet Dulu

BOLEH TAK SIMPAN GADJET DULUبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Susah nak tengok orang berenggang dengan telefon pintar.Kanak-kanak.Remaja.Dewasa.Orang-orang tua pun. Memang tidak semua tapi sebahagian besarnya begitu. Salahkah.Tidak sepenuhnya kerana kalau betul-betul keperluan dan diperlukan mengapa tidak lebih-lebih lagi bila sedang berurusan penting maka silakanlah.

Apa yang menjadi suatu yang mungkin PC kurang berasa selesa adalah bila sedang santai memenuhi undangan.Ketika menikmati pelbagai hidangan,berBBQ antara contoh mudah dan ringan, maka nikmatlah.Seketika bebaskan diri daripada sebarang gadjet. Duduk, makan, sembang itu cukup. Apa fungsinya berkumpul bila masing-masing dengan dunia masing-masing.Hadir majlis jgn sibuk dengan telefon masing-masing.Tolonglah.Hargailah satu dengan yang lain. 

Ya, semua dihujung jari. Duduk setempat, diam-diam boleh tahu semua hal yang sedang terjadi bukan cuma di dalam keluarga sendiri malahan kisah seluruh dunia. Memang betul,namun kemanisan akrabnya ukhuwah secara langsung itu menjadi tawar dan ada temboknya. Kita bersembang, berkongsi itu ini sedangkan orang di hadapan kita fokusnya pada perkara lain dengan dunianya sendiri.Allahu.Letakkan diri sendiri diposisi itu. Bayangkan. 

Pada kesempatan yang diberi, boleh tak simpan gadjet dulu.Moga manusia juga lebih pintar untuk mengasingkan mengikut situasi. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Boleh Tak Simpan Gadjet Dulu


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Utamakan yang wajib ya..perbanyakkan amal solleh ibadah yang lazat tak putus. InshaAllah..

    BalasPadam
  2. kekadang rasa macam berkumpul dengan tak berkumpul sama je. hihi berbeza dengan 2 tahun kebelakangan ni, gadjet lebih diperlukan utk bertanya kabar. nak berjumpa tak boleh.

    BalasPadam
  3. Bila berdepan sebaiknya jgn pegang n main hp. Berbual la dgn org d depan. Jika keseorangan mmg sy akan main hp sambil menunggu.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama