HAKIKATNYA ESOK ITU SEPERTI APA DAN BAGAIMANA

HAKIKATNYA ESOK ITU SEPERTI APA DAN BAGAIMANAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم .Assalammualaikum wbt. Hari ini adalah hari ini. Mungkin ada kaitannya bersambung dengan semalam tetapi tetap sahaja tidak sama. Tentu sahaja ada perbezaannya juga. Tentu. Apatah lagi esok langsung kita tidak tahu seperti apa ceritanya dan bagaiamana juga situasinya. Tawakal. Apatah lagi dalam keadaan sekarang. Allahu. Kecil dan besar sahaja hati ini. Berdebar-debar. Tidak hairan kalau mungkin sudah ada yang kebas perasaan dengan situasi sekarang, bukan bererti tidak cakna, cuma tidak mahu berada dalam keadaan panik sentiasa sahaja.

HAKIKATNYA ESOK ITU SEPERTI APA DAN BAGAIMANA

Setiap hari mendengar bunyi siren ambulan. Rumah PC sangat dekat dengan hospital. Kencang degupan jantung. Ya Allah. Apa pun itu Al Fatihah didahulukan kepada sesiapa pun itu kerana PC selalu percaya Al Fatihah itu tidak hanya untuk yang sudah tiada, untuk yang masih hidup pun kita boleh hadiahkan Al Fatihah untuknya. Untuk roh yang masih sebati dengan jasad dan untuk roh yang sudah terpisah dengan jasad *maafkan dan betulkan kalau PC khilaf ya*. Kadang rungsing. Kadang fikiran entah apa-apa. Istighfar. Benarlah perubahan kita sangat dipengaruh persekitaran dan sekeliling kita ditambah sehari dua ini dapat tahu suami kawan baik PC yang sudah PC anggap adik disahkan positiv COVID-19 dan sedang berjuang dihospital kerana kadar oksigen dalam tubuhnya semakin menurun. 

Banyak perkara terjadi di luar jangkaan kita. Kalau sebelum-sebelum ini, mungkin ianya mengejutkan tetapi dalam keadaan sekarang bukan sahaja mengejutkan tapi lebih memberi tekanan perasaan. Mental dan emosi terheret diuji. Ditambah dengan keadaan tidak dapat bertemu fizikal itu lebih menyakitkan untuk bertanya khabar, meredakan kesedihan dan memberi semangat tatkala saudara mara, kawan-kawan atau sesiapa sahaja sedang berada dalam kesediahan. Menitipkan pesan, atau menghadirkan diri sama-sama berada disisi itu sangat jauh berbeza rasanya. Percaya dengan kata-kata atau percaya dengan apa yang dilihat sendiri oleh pandangan mata itu berbeza juga ertinya.

Segalanya mungkin. Segalanya tiada yang mustahil. Segalanya dalam genggaman Allah swt Yang Maha Berkuasa. Hakikatnya esok itu seperti apa dan bagaimana landasan besarnya mulakan dengan tawakal. Keadaan sekarang Allah swt benar-benar didik kita. Doa sungguh-sungguh. Usaha sungguh-sungguh. Paling sungguh-sungguh yang berat adalah tawakal kerana dalam tawakal kita tidak pernah tahu apa penghujungnya. Allahu.

Tinta Perdu Cinta ❤
HAKIKATNYA ESOK ITU SEPERTI APA DAN BAGAIMANA 


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Masa depa itu semuanya rahsia Allah. tak dapat kita jangka apatah lagi bayang. Merancang juga tak semua terlaksana.

    Aah kak pc. sama lah. kita kalau dengar siren ambulans atau namapak kereta mayat tu baca Al fatihah.

    BalasPadam
  2. Semoga diberkan kesihatan yang baik kepada kawan kak pc. Cepat sembuh! Teruskan melawan yaaa

    BalasPadam
  3. Betul, sampai ke satu tahap saya jadi tidak mahu ambil tahu situasi semasa Covid di negara ini kerana boleh buat jantung mengepam lebih laju. Kebimbangan tu tak usah ceritalah.

    Mudah-mudahan semua pesakit Covid akan dikurniakan kesembuhan.

    BalasPadam
  4. Kadang memang risau sangat-sangat kan PC, apa yang boleh Kak Sue buat untuk tenang ialah.. semuanya berserah kepada Allah setelah kita ikhtiar menjaga diri dan keluarga..

    Apapun semoga kawan PC dan semua pesakit Covid dikurniakan kesembuhan sepenuhnya.. Aamiin Ya Rabb..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama