MENATAP DALAM KESAMARAN
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
Mata dan hati
Mata hati
Terkadang sangat jelas sekali
Selalu juga rapat dan gelap sekali
Ada masa-masanya seperti sangat-sangat mengerti
Tapi seringnya memang malas dan tidak mahu mengerti apatah lagi peduli
Manusiawi hidup kadang sebenarnya mati
Mati hakikatnya hidup selamanya dalam menanti dan menanti
Menatap dalam kesamaran
Kesamaran gelap
Kesamaran terang
Aturan alam
Atau mungkin kesamaran yang yang sengaja manusia sendiri ciptakan
Yang mana
Ya sebenarnya yang mana mahu dijadikan alasan
Boleh jadi benar
Boleh jadi khilaf
Boleh jadi tidak juga kedua-duanya yang didapatkan
Mencari kebenaran dan kejelasan dalam kesamaran itu sulit
Mungkin lebih sulit dari memilih intan dalam serpihan-serpihan pecahan kaca
Boleh jadi akan tersasar lebih jauh
Boleh jadi berpatah balik ke tempat asalnya
Menatap dalam kesamaran
Sediakan hati yang berpendirian teguh dan kuat
Tinta Perdu Cinta ❤
MENATAP DALAM KESAMARAN
Tags:
Santai
Dalam kesamaran, aku kebingungan...tapi hidup tetap kuteruskan
BalasPadamSemoga Allag sentiasa redha. Aamiin.
PadamMENEKA DLM KESAMARAN
BalasPadam