Mohon Ampun KepadaNYA

MOHON AMPUN KEPADANYAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Sekali minta maaf orang maafkan. Dua kali maafkan lagi walau tidak sepenuh hati. Kali ketiga tidak mustahil tertutup pintu hati orang nak maafkan kita. Lagi-lagi kalau kita tetap ulang kesilapan yang sama sahaja. Memang sangat meminta la tu. Itu situasinya kita sama manusia. Sesama insan. 

Jauh beza dengan Allah swt yang sentiasa tunggu permintaan maaf daripada kita. Permintaan maaf dan taubat daripada hamba-hambanya selagi mana dosa dan kesalahan yang kita lakukan itu tidak sangat besar dan kita tidak buat dosa yang tidak boleh diampunkan. 

Mohon Ampun KepadaNYA

Selagi masih hidup, selagi itu pintu-pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita. Tinggal terpulang kepada kita mahu mencari atau tidak kunci-kuncinya. Mohon ampun sebanyak-banyaknya kepadaNYA. Selalu. Kadang kita takut sangat orang tak maafkan kita. Tapi kita kena lebih takut kalau Allah swt tak maafkan kita. Kita boleh berdoa minta orang lebut hati untuk memaafkan kita tapi kita tak boleh minta minta dengan yang lain untuk pujuk Allah maafkan kita. Kena minta ampun terus.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Mohon Ampun KepadaNYA 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. setiap hari slagi ada masa, mintalah ampun padanya.. Allah maha pengasih <3

    BalasPadam
  2. Allah Maha Pengampun, jangan jemu minta ampun dari Allah, sebab kita manusia tak pernah lari daripada berbuat kesilapan.

    BalasPadam
  3. meminta maaf ni perkara yg mulia disisi Allah swt

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama