Mulut Kata Tidak Ada Idea Tapi Siap Juga Satu Artikel Berjela-jela

MULUT KATA TIDAK ADA IDEA TAPI SIAP JUGA SATU ARTIKEL BERJELA-JELAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. hari ni tak tahu nak masak apalah. Buntu. Tapi bila pergi ke dapur, buka peti ais ketang ketung ketang ketung ehh diam tak diam dua tiga jenis menu dihidangkan. itu kata dalam keadaan buntu tak tau nak masak apa, cuba kalau tak buntu ada idea nak masak macam-macam mahu penuh satu meja. Haa. Macam itu jugalah menjadi seorang blogger yang kerjanya sangat mesra dan bersahabat baik dengan idea. 

Blogger?. Ya, seorang blogger sangat memerlukan idea atau bahan untuk dijadikan artikel atau hasil akhir untuk dikongsikan. Baik itu cuma artikel, atau artikel berserta gambar dan gambar sahaja. Semuanya tetap memerlukan kerja keras, minat dan kesungguhan untuk dilakukan. Kalau sambil lewa pun tak boleh juga. kalau terlalu bersungguh-sungguh tanpa ambil kita faktor kesihatan dan sebagainya pun bahaya juga. Pandai-pandailah sesuaikan dengan diri dan keadaan masing-masing. Walaupun seorang blogger sepenuh masa, tetap sahaja ada tugas lain yang mesti dan sangat perlu dilakukan juga. Bukan sekadar blog yang mesti diurus, hal lain juga perlu diurus.

Alah senang je jadi blogger. Memang senang sangat, awak buat email di gamil. Buka akaun untuk daftar di blogger dot com. Pilih la nama yang gempak untuk blog awak dan siap. Memang senang. Alah senang je nak buat konten atau artikel. Goreng sana goreng sini, tampal sana tampal sini nah dah siap satu dan boleh buat banyak artikel. Ini bukan goreng keropok emping melinjo dik non oiii. Nak buat telur dadar yang nampak mudah itu pun kadang boleh jadi scrambled eggs. Hehehehe. jangan macam-macam. Jangan main-main. Blog ni berhantu. Bila awak dah mula menjiwai, rasa sayang pada blog itu susah nak dijelaskan. Bila awak tak ada idea untuk kongsikan artikel awak akan rasa tidak senang hati, gelisah lain macam. 

Mulut Kata Tidak Ada Idea Tapi Siap Juga Satu Artikel Berjela-jela

Satu perkara daripada banyak hal yang PC perasan adalah, mulut kata tidak ada idea tapi siap juga satu artikel berjela-jela. Nampak tak. itulah seorang blogger.  Allah swt izinkan dengan bermacam cara untuk seorang blogger itu menaip artikel. Baik ianya dirancang iaitu berangka, atau ianya mengalir sahaja mengikut jari jemari yang menari-nari memilih abjad-abjad. Hati berbisik menyusun kata, akal ligat merangkai ayat dan jari jemari mengeja satu persatu. Tidak ada hal mudah dalam dunia ini. Sungguh, semua perlukan usaha dan semangat yang bukan main-main walau ada masanya kita perlu main-main dan bergurau senda. Jadi jangan terkejutlah kalau baca tajuk kata tak ada idea begitu begini sekali baca macam tak jumpa ayat penutup. Sampai kering tekak sengal biji mata. Gitu. 

Kadang sesuatu itu datang dan mengalir sangat paling deras.  Ada blogger sangat mudah mendapat idea untuk dijadikan artikel. Ada juga yang mungkin perlukan lebih pencarian. Bagi PC tak kisahlah yang penting terus rajin dan tidak mudah mengalah atau putus asa. Kalau hari ini ideanya sekadar seperenggan sahaja oleh la ian menjadi sepereggan yang memikat sahabat blogger yang sudi singgah membaca. Kalau esok rezeki ideanya boleh dapat lebih daripada lima perenggan itu satu rezeki daripadaNYA. Jika memang cuma satu patah perkataan sahaja pun, mengapa tidak. Yang melihat dan membaca atau menyebut walau cuma satu perkataan itu, tetap sahaja ada persemsi atau pengertian yang berbeza-beza. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤
Mulut Kata Tidak Ada Idea Tapi Siap Juga Satu Artikel Berjela-jela

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

18 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul tu. Haha Kadang buat aktiviti apa pun dalam rumah rasa macam nak note down kat blog. Lepas tu lupa. Begitu laaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan, kadang macam dah ingat semua sekali terlupa. Aduhai.

      Padam
  2. Setuju sungguh apa yang PC kata. Tp kak ana jenis yg kena ada point baru boleh menaip. Masih tak reti utk terus menaip dan publish.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagusnya ada poin ni konten kita tak terbabas ke mana-mana.

      Padam
  3. Nak mula payah..tapi kalau dah start menaip banyak pula nak cerita..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. kadang rasa aneh, tadi aku rasa macam buntu nak taip apa, sekali baca mak oiiii berjel semput nak baca.

      Padam
  4. alhamdulillah , kadang2 time ketandusan idea tu la pening jugak nak mikor nak tulis apa kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Toleh kanan, toleh kiri..harap adalah idea yang singgah. Tapi Allah maha Pemurah dan Penyayang.

      Padam
  5. hahahha betul tu PC, kadang bila xde idea, sepi la blog kejap...
    bila berlambak idea, ha bertalu-talu entry dalam sehari...

    kadang, idea tu x perlu panjang lebar, cukup isi inti pati sebaris pun kadnag2 bole jadi entry hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. PC percaya dengan kekuatan setiap patah perkataan. Sebab kadang dengan satu patah perkataan atau cuma sebaris ayat sahaja pun boleh ubah orang dan diri kita sendiri.

      Padam
  6. Wak salute dengan PC yang tak pernah kering idea untuk mengentri blog

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah, terima kasih wak tapi jujur kadang termenung tongkat dagu juga cari idea.

      Padam
  7. terbaik pc tiasa ada masa n idea tls n3 jela2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak PI pun tidak kurang terbaik juga dalam berkongsi info dan idea.. alhamdulillah. Terima kasih Kak PI. Tapi disebaliknya selalu termenung juga PC ni cari idea.

      Padam
  8. Alhamdulillah siap juga walaupun kdg takda idea tetapi tangan nak juga menulis kan.. Betul.. sy kalau lama tak menulis rasa something missing gitu.. Salah satu terapi juga kalau sy menulis blog.. PC rajin sgat update.. sy pun kadang kalau menulis byak simpan dlm draft ja.. Semoga sentiasa diberikan ilham menulis perkara yang bermanfaat.. Take care and stay safe :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama