Sebenarnya

SEBENARNYAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Sebenarnya yang sering cuba disembunyikan oleh ramai daripada kita. Tidak kiralah siapa kita. Tidak kiralah di mana kita berada sekalipun. PC percaya kita sendiri ada meletakkan batas-batas tertentu dalam kehidupan kita. Kita sendiri letak dan mesti letak batas itu. Apa yang sebenarnya tidak semestinya perlu diwarwarkan juga. Apa yang sebenarnya terkadang ada yang boleh dibicarakan dan ada juga yang sangat tidak perlu disebutkan apatah lagi dibangga-banggakan. Jangan mahu bersikap tersangat lurus, tulus dan paling jujur itu dijadikan tiket kerana Allah swt sendiri tidak suka hambaNYA bangga atau dengan mudah membuka aib diri sendiri. 

Tersangat-sangat banyak aib kita yang Allah swt tolong tutupkan dan mungkin telah Allah swt gugurkan lantaran kita taubat nasuha. Siapa tahukan. Kita tidak pernah tahu akan hal itu. Allah maha Pemurah dan maha penyayang kepada hamba-hambanya. kalau aib kita DIA tolong simpankan Tutupkan, tidak mustahil setiap kebaikkan kita juga boleh DIA bongkar habis-habisan untuk diketahui oleh umum dengan senang dan bahagianya. Sudah banyak contohkan. Sejak zaman dahulu hinggalah zaman sekarang. Berbahagialah bagi orang-orang yang kebaikkannya lebih besar dan lebih ramai ketahui berbanding segenap aibnya. Itu satu rezeki juga yang luar biasa.

Sebenarnya

Sebenarnya kalau difikirkan tiada apa yang mesti kita takutkan kecuali azabNYA yang sedang menanti. Tetapi lumrah manusia yang terkadang ada masanya terlupa. Lebih takut pada apa yang tidak perlu ditakutkan. Rasa takut itu ada, sentiasa ada dalam hati dan fikiran kita. Maksudnya rasa takut selain takut Allah swt dan azabnya ya. PC sendiri pun ada rasa ketakutan yang menghantui diri. Ada. kalau diikutkan sebenarnya kita cukup perlu takut padaNYA. AzabNYA. HukumanNYA. Dosa-dosa yang telah dilakukan baik sengaja atau sebaliknya. Mungkin boleh bermula daripada sekarang.

Sebenarnya adakala kita perlukan bersendirian. Adakala perlu mencari dan bersama-sama dengan orang lain juga. Ada masanya kita cuma perlu menjaga diri sendiri sahaja terlebih dahulu. Namun begitu ada masanya kita perlu juga menjaga diri sendiri dan insan-insan disekeliling kita. Pastikan apa yang sebenarnya kita mahu dalam hidup ini. Untuk diri sendiri dan untuk orang lain juga. kan hidup ini saling berkaitan dan berdampingan baik yang terlihat atau yang tidak terlihat. Tapi tetap sama-sama makhluk Tuhan. Tuhan yang cipta. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤
Sebenarnya

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Sebenarnya masih ada masa untuk kita menginsafi dosa2 yang pernah kita lakukan

    BalasPadam
  2. Betul tu kak PC, tak semua benda nak kena diberitahukan. Kena ada batasnya dalam setiap perkara.

    BalasPadam
  3. betul tu PC, setuju dgn entri PC..mudah-mudahan aib kita sentiasa ditutup rapi..

    BalasPadam
  4. mama setuju, masing2 ada hal utk privacy. so kita kena respek

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama