Sedar Setelah Terkena

SEDAR SETELAH TERKENAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Awal sedar. Lewat sedar. Awal berjaga-jaga. Malas siap sedia.Ada macam-macamlah perangai orang. Ada yang kena berkali-kali baru sedar pada kali yang entah ke berapa. Ada orang sekali sudah sedar rupanya terkena. Ada yang lansung tidak serik. Sudah terkena pun dilayankan lagi. Allahu. Begitulah kehidupan. 

Gagal menerima dan mendengar nasihat.Memang manusia siapa pun tidak dapat menjangkakannya sesuatu hal. Apa yang akan berlaku. Bila ianya berlaku. Namun PC percaya ada banyak cara Allah SWT bantu kita. Untuk sedar dan selamatkan kita. Banyak sangat-sangat cuma berbalik pada diri sendiri sahaja ambil tahu atau seperti meludah. 

Naluri. Rasa dan bisikan hati yang paling dalam dan sangat-sangat halus. Semua dengan izin-Nya juga. PC tidak menolak dan mematikan hal ini.Selalu dengarkan orang Sebut, naluri seorang ibu atau naluri seorang isteri. Ini yang PC maksudkan.Ini salah satu contoh paling mudah. 

Rasa itu tidak semestinya terus kepada kita, terkadang melalui orang lain juga. Justeru apa sahaja nasihat atau ingatan yang baik-baik daripada orang lain seperti ibu bapa, isteri kepada suami, suami kepada isteri, jangan dipandang kosong dan murah.

Mana boleh elak. Maka elak. Kecuali memang sangat suka mencabar diri dan memilih sedar setelah terkena itu lebih berbaloi. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Sedar Setelah Terkena

 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. kalau dah terkena baru tersedar dah agak terlambat dah. kena usaha agar tak buat kesiilapan

    BalasPadam
  2. alhamdulillah jika ada rasa kesalan dan keinsafan selepas terkena musibah dari terus leka dan lalai.. setiap sesuatu itu pasti ada hikmahNya kan PC

    BalasPadam
  3. memang dah sedar la selepas terkena covid dari kluster surau tempohari.

    BalasPadam
  4. ambillah sesuatu nasihat dengan hati yg terbuka..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama