Selamat Tahun Baharu Hijrah Muharram 1443

SELAMAT TAHUN BAHARU HIJRAH MUHARRAM 1443بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم. Assalammualaikum wbt. Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.

Selamat Tahun Baharu Hijrah Muharram 1443

Permulaan bulan baharu ditahun atau kalendar dua belas bulan Islam juga untuk kita umat Islam. Setahun kita sambut tahun baharu dua kali sebenarnya. Dikalendar hijarah dan juga dikalendar masihi. betul tak. Sering tahun bahru bermula lebih awal pada kalendar hijarah berbanding dengan kalendar masihi. Jadi tidak hairanlah kalau ada yang memulakan azam atau tekad baharu lebih awal sempena awal tahun mengikut pengiraan daripada kalendar hijarah. Tidak salah sama sekali pun. Cuma yang sering disambut secara meriah dan bersungguh adalah pada awal tahun baharu masihi. Manakala untuk tahun baharu hijarah lebih kepada membaca doa akhir dan awal tahun di surau atau di masjid sahaja dan di rumah juga.

Dua belas bulan telah berakhir untuk kita. Hari ini Satu Muharram 1443H. Bermula kisah dan lembaran yang baharu. Semuanya. Ini pun rezeki juga untuk kita umat Islam. Masuk tahun baharu. Memperingati hijrah Rasulullag saw dalam masa yang sama. Ambillah semangat baginda dalam berjuang menyampaikan dan menyebarkan agama Islam. Tidak berputus asa. Sentiasa sabar dan bersemangat. Rajin. Kita ummat yang sentiasa baginda ingat dan rindui. Yang sentiasa juga baginta tunggu-tunggu untuk membantu dan menyelamatkan. Selalu dan seringlah berselawat kepada baginda.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Selamat Tahun Baharu Hijrah Muharram 1443

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. menarik blog ni.. perkongsian-perkongsian yang menarik.. done follow,

    sudi-sudilah ke blog sy, feel free untuk tinggalkan komen dan follow ;p

    www.akmalishak.blogspot.com

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama