SEMEMANGNYA RASA SEDIA ADA. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Lazimnya bila kita tengok orang sedih menangis dan kita pun sedih menangis sama. Bila kita tengok orang gembira bahagia secara tidak langsung kita pun akan ketawa dan rasa bahagia gembira juga. Bukan dibuat-buat jauh sekali direka-reka ya. Allahu.
Dibuai perasaan. Emosi sangat. Gembeng (kuat dan mudah nangis). Hati tisulah. Apapun anggapan. Apa sahajalah gelaran yang diberi atau dilontarkan, percayalah setiap orang ada rasa itu dalam diri masing-masing. Fitrahnya memang begitu. Dalam diri kita ni ada rasa sedih. Ada rasa marah. Ada rasa tidak puas hati. Rasa waswas dan palbagai rasa lagi. Justeru tidak hairanlah kalau kita melihat atau cuma mendengar atau membaca dan menerima apa sahaja cerita, berita juga perkhabaran ada rasa yang akan terlihat pada diri kita. Spontan.
Sememangnya rasa sedia ada. Ya, sedia ada cuma terhubung dengan persekitaran atau alam sahaja atau tidak. Bila terhubung maka berlakulah ia. Aktiflah ia. Jika tidak kita akan biasa-biasa sahaja. Natural. Itulah kita. Lagi satu cara setiap orang kawal rasa pun tidak sama. Sangat berbeza-beza. Jadi tidak hairanlah ada yang cepat 'move on' dan ada yang lambat 'move on'. Hormati sahajalah.
Jangan cakap orang lain mengada-ngada. kalau kita tengok orang tengok cerita kat tv pun boleh nangis teresak-esak, bila kita tengok orang marah bersungguh-sunnguh bila ada orang lain teraniaya dan marah kerana hal yang wajar jangan cepat tuding jari kata dia yang bukan-bukan, kerana rasa itu memang ada. Lebih-lebih lagi kalau getaran rasa itu sealiran dengan apa yang sedang dirasai baik pengalaman lepas atau dalam situasi terkini, bagi pendapat PC itu bukan suatu yang aneh.
Setegar mana pun hati dan mental seseorang ada masanya dia akan menagis juga. Akan berasa marah dek rasa tercabar dengan sesuatu yang barangkali langkaui batas kesabarannya. Cuma bezanya ianya menagis atau marahnya itu sama ada diperlihatkan atau diselindungkan sahaja daripada orang lain melihatnya.
Jangan menafikan rasa. Sememangnya rasa itu sudah sedia ad. Bezanya cara mengawal dan mengurusnya sahaja seperti apa. Sekian.
Tinta Perdu Cinta ❤
Sememangnya Rasa Sedia Ada
Tags:
Santai
Salam. Berbagai reaksi individu berlainan, persepsi juga berbeza, perkongsian yang bagus, bila memahami mengelak terasa.. dapat lalui dan menasihati..
BalasPadamWkmsalam
BalasPadammenangis dan marah itu satu cara untuk melepaskan perasaan yang terbuku di hati
Asalam..ziarah di laman ini..selamat tahun baru kalender Islam
BalasPadamsandarkkan bahu berkongsi rasa
BalasPadam