SUDAH DAPAT BETIS JANGAN JELING PEHA. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم. Assalammualaikum wbt. Menerima kerana meminta. Menerima kerana memang ada yang memberi.Baik Di atas atau diam-diam di bawah tangan kita, semua itu adalah kombinasi antara niat,usaha dan suatu yang telah Allah SWT tentu juga tetapkan.
Sekali. Sekali sekala. Kadang-kadang. Jarang-jarang.Bukan tidak ada manusia baik di muka bumi Allah SWT ini. Ramai sebenarnya. Baik sungguh-sungguh. Baik beralasan.Ada orang tersangat tulus dan lurus hatinya. Putihnya hati dicemburui dan sentiasa mahu dicontohi. Kalau yang selalu kita temui itu mengecewakan pasti bersebab.Mungkin ada sesuatu yang boleh diambil ikhtibar juga.
Mahu lagi. Tidak berpuas hati.Lihat dalam konteks apa dan bagaimana. Seandainya mahu lagi dan lagi dan lagi sehingga ada yang berasa ditindas atau ada yang berasa sangat terbeban dengan cara atau tindakkan kita,itu berbahaya. Boleh jadi itu mendekati sikap tamak. Seandainya apa yang dilakukan itu untuk menambahbaik dan meningkatkan suatu yang bukan sahaja kesan baiknya pada diri sendiri malahan kepada orang lain juga itu tidak salah.
Sudah dapat betis jangan jeling peha.Ada orang boleh menerima ada yang sebaliknya juga. Ada orang layankan seikhlasnya ada orang tunjuk meluatnya. Ada orang mahu memahaminya sedangkan disisi lain ada yang memandang pun tidak diingininya juga.Mungkin betis yang diberi boleh jadikan permulaan dan peringatan.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Sudah Dapat Betis Jangan Jeling Peha
Tags:
Santai
Ibrat dah bg betis nak peha...
BalasPadamdah bagi bunga nak madu...
Dah bagi RM1 nak RM5...
manusia susah nak bersyukur dengan apa yang dia dah miliki...
Tapi alhamdulilah buat mereka yang sentiasa tau bersyukur..
Jelinga manja je... hehehe
BalasPadamlumrah manusia PC..
BalasPadamshida singgah jengah PC, apa khabar sihat?
jgn tamak, bersyukur dgn apa yg ada
BalasPadamBersyukur dengan apa yang ada, jangan tamak haloba kannn huhuhu
BalasPadamBesyukur saja jangan tahu meminta kecuali bila sudah berusaha sehabis daya. Jika mahukan cuba usaha dengan sendiri selain meminta2
BalasPadam