Terima Kasih

TERIMA KASIHبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Cuma dua patah perkataan. Ringan sahaja sebutannya tapi berat pada lisan sesetengah daripada kita. Ada yang sangat-sangat murah dengan ucapan terima kasih pada lisannya. Sikit-sikit terima kasih, tak apalah kalau orang jemu dan boasan bila kita asyik ucap terima kasih berulang kali daripada diam membantu tidak ucap sepatah pun terima kasih.

Besar dan penting sangat ke ucapan terima kasih. Berbalik pada orang itu bagaiamana. Ada orang sangat kisah akan hal ini. Ada orang tak peduli pun orang atau diri dia sendiri nak ucap terima kasih tu. Kita tak boleh paksa orang cakap terima kasih pada kita. Begitu juga orang lain tak boleh paksa kita ucap terima kasih. Atas kesedaran diri masing-masing sahaja sebenarnya.

Ajarlah daripada kecil ucap terima kasih kepada anak-anak. Kena sentiasa ingatkan kerana biasalah anak kecil sering terlupa kerana semuanya ilmu dan pengisian baharu dalam hidup mereka. In sya Allah nanti lama-lama terbiasa. Ingat lagi, mama babah selalu pesan, kalau orang bagi apa-apa, ambil tangan kanan, cakap terima kasih. Nak makan nak minum basuh tangan dulu. Sebelum makan baca bissmillah. PC ingat sampai sekarang. Sampai sekarang pun itu juga antara pesanan yang sering diulang-ulang. Cuma bezanya sekarang, 'Jua, kalau ada orang beri bantuan apa-apa, jangan lupa ucap terima kasih, kalau tak mampu balas dengan bantuan juga, bantulah dengan doa yang baik-baik'. Barangkali faktor umur anaknya yang kian meningkat, peasannya lain sikit. Kikikikiki..hehehe.

Terima Kasih

Berterima kasihlah dengan sesiapa pun. Walau dengan anak kecil yang masih belum sepenuhnya mengerti apa-apa. Sehingga usia kini pasti sudah terlalu banyak yang kita temui dan lakukan kepada orang lain dan orang lain kepada kita. Ibu ayah kita, adik beradik, saudara mara, kawan-kawan. Memang jasa, pengorbanan dan segenap perbuatan baik itu tidak mampu dibalas setimpal namun jangan langsung tidak berterima kasih. Berterima kasih dengan tumbuhan atau pokok-pokok yang kita tanam dan tidak ketinggalan berterima kasih juga dengan haiwan peliharaan kita.PALING penting jangan PERNAH lupa berterima kasih dengan Allah swt yang memberi dan mengizinkan semua. Tidak pernah rugi kalau ucap terima kasih. Tidak tercalar pun maruah dan kedudukan kita. TERIMA KASIH SEMUA SAHABAT BLOGGER YANG SENTIASA HADIR DAN MENYOKONG BLOG PERDU  CINTA. TERIMA KASIH YANG TIDAKKAN TERBALAS. Sekian

Tinta Perdu Cinta ❤
Terima Kasih

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. ucapan terima kasih tu macam ada magiknya yang tersendiri

    BalasPadam
  2. Tapi kan PC kalau dengar budak2 yang ckp sekitar umur 2 ke 4 tahun tu rasa seronok je dgr..bagus mak maknye mgajar..

    BalasPadam
  3. SAMA2 BERTERIMA KASIH DGN SYUKUR

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama