Tidak Semestinya Juga

TIDAK SEMESTINYA JUGAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Susah mahu meneka atau membaca apa yang tersirat di dalam hati dan apa yang sedang bermain-main dalam fikiran. Kita kerpada orang lain dan orang lain kepada diri kita juga. Luaran yang sering menjadi ukuran. Mahu tidak mahu memang luaran yang akan sentiasa diperhatikan dan menjadi penilaian besar satu sama lain.

Kejujuran atau kepura-puraan. Ini yang sentiasa menjadi perkiraan dan perangkap juga untuk kita. Kejujuran bererti dalaman dan luarannya sama sahaja. Bila kepura-puraan, ini yang menjadi perangkap dan racun bukan cuma pada diri sendiri malahan kepada orang lain juga. Apatah lagi zaman sekarang. Lebih dahsyat. Lebih berbahaya. Sampai kita rasa takut sendiri dan keliru dalam menilai sesama kita. Kejujuran ada di mana-mana. Begitu juga kepura-puraan.

Mahu lihat dalaman seseorang lihat luarannya. Luaran itu mencerminkan dalaman seseorang. Mencerminkan hatinya. Membayangkan fikirannya kemudian diterjemah melalui lisan dan tingkahlaku. Ya, setuju. Namun itu bagi manusia yang tulus dan jujur hatinya. Apa yang di dalam itu yang terlontar keluar daripada tingkahlaku dan apa yang dibicarakan. Sayangnya tidak semua begitu hinggalah terjadi kepura-puraan yang boleh menjebak dan membinasakan orang lain. hati-hatilah ketika mengenal dan berkawan dengan sesiapa sahaja.

Ingat, manusia boleh berubah bila-bila masa sahaja. Potensi sentiasa ada, daripada pura-pura awalnya boleh berubah menjadi sejujurnya manusia. Daripada sejujur manusia boleh berubah menjadi manusia yang lebih berbahaya daripada apa yang tidak terbayang pada kita. Teruslah hidup konsisten dengan kebaikkan. Kalau tulus, sungguh-sungguh tulus. Jika ada rasa yang kurang atau tidak selesa dan apa sahaja rasa yang kurang dipersetujui, bawalah ke satu solusi iaitu perbincangan yang memberi kebaikkan kepada semua. Sekian

Tinta Perdu Cinta ❤
Tidak Semestinya Juga

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul PC, bermula dari luaran la baru dapat dinilai dalaman seseorang....

    BalasPadam
  2. Sebab tu jangan abaikan perasaan kita. PC pernah tak jadi bila mula kenal orang tu mcm dah pat perasaan yang tak best tapi kita abaikan. akhirnya apa yang kita rasa mula2tu betul.

    BalasPadam
  3. begitulah hati bolak balek selalu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama