Bagaimana Seterusnya

BAGAIMANA SETERUSNYAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Takdir hidup kita, kita sendiri tak pernah tahu. Tapi Allah swt sangat-sangat tahu. Apa yang kita lakukan berdasarkan logik kita, kemahuan atau berdasarkan impian dan cita-cita juga. Ada juga apa yang kita lakukan kerana lonjakkan nafsu dalam waktu yang sama. Dua, nafsu baik atau sebaliknya. 

Hidup bertamadun. Ada zaman per zaman. Ada peraturan yang manusia gubal. Ada undang-undang yang setiap negara sediakan untuk dipatuhi. Untuk kebaikkan bersama. Untuk menyusun keamanan dan kelancaran urusan pentadbiran. Paling penting di bawah semua ini ada satu penguasa YANG MAHA BERKUASA. Ada penggubal hukum dan undang-undang yang MAHA ADIL. ALLAH SWT.

Hidup ini satu peluang. Satu rezeki untuk kita. Melalui satu babak ke satu babak. Fasa demi fasa. Macam melalui satu perjalanan yang panjang, tempohnya adalah usia yang Allah swt izin. Sehari, 30 tahun, 50 tahun atau mungkin beratus tahun. Kita tidak tahu. Kalau sunnahnya 63 tahun. Kurang atau lebih rezeki usia yang Allah beri kepada kita tentu ada alasannya dipihakNYA yang mentakdirkan begitu.

Manusia mewah dengan perancangan. Banyak agenda dalam hidupnya. Ada sahaja perkara yang mahu dilakukan. Baguslah. Kerana sentiasa berfikir dan ada kemahuan. Keudia tentu disusuli dengan usaha dan doa. Gagal bangkit semula. Lelah berlari kembali berjalan. Kadang di atas dan kadang di bawah. Ada turun naiknya. Ada pasang surutnya. Itulah asam garam gula dalam merealisasikan apa yang direncanakan oleh kita. Paling berat adalah kegagalan yang menerpa. Tapi daripada kegagalan itulah manusia boleh menjadi lebih baik dan berjaya.

Apa yang manis-manis. Baik-baik. Gembira bahagia itu bukan masalah besar pun. Tapi bagaimana seterusnya bila terkandas di awal, di pertengan atau di akhir ketika mengharungi kehidupan. Onak duri itu selalu ada dalam apapun yang kita lakukan. Cuma bila dan apa yang bakal terjadi tidak dapat kita jangka dengan mudah dan tepat. Tawakal. 

Tawakal. Berserah. Seratus peratus. Betul-betul letakkan kepercayaan kepadaNYA. Kalau awalnya menangis, andai dipermulaannya berkeluh kesah dan mungkin banyak pertanyaan mangapa begitu kenapa begini, itu wajar kita sebagai manusia bertindak balas pada suatu yang terjadi dan tidak terduga apatah lagi ianya menyakiti. Seiring waktu semua akan mereda. Tenang. Dan setiap satunya nanti akan Allah swt tunjukkan jawapannya sedikit demi sedikit satu demi satu. InshaAllah. Percayalah dengan apa yang telah tertinta dalam takdir untuk kita.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤ 
Bagaimana seterusnya

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. apa yang berlaku pada masa hadapan, bukan dalam tangan kita...tapi kena sentiasa bersedia untuk menghadapinya..

    BalasPadam
  2. Semoga yang baik baik sahaja dimasa akan datang. Aaminnn...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama