BENARKAH BERTAWAKAL LEBIH SUSAH BERBANDING BERSABAR. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Bertawakal dan bersabar. Alhamdulillah. Jumaat pertama di bulan September untuk kita semua. Semoga semua berada dalam lindungan dan kasih sayang Allah swt sentiasa. Aamiin.
Sebatang pokok. Dari sebatang pokok itulah mengeluarkan daun dan buah-buahan. Ada dahannya yang kukuh. Pada setiap dahan itu ada ranting-ranting kecil yang indah juga. Tempat yang sering menjadi pilihan serangga dan unggas membuat sarang tempat untuk tidur dan terteduh. Allahu.
Daripada diri kita sendiri. Puncanya hati. Daripada hati itu ada sabar dan tawakal. Diri kita sendiri yang menghadam dan memproses kedua-duanya dengan sokongan iman dan kewarasan akal fikiran. Hari-hari yang dilalui tentu sahaja ada ujiannya. Ya ada sahaja. Bukan kerana Allah swt zalim tapi untuk menaikkan darjat kita. Nak tambah kualiti bertawakal dan bersabarnya kita kepadaNYA.
Percaya sepenuh hati dan serahkan juga sesunggunya hati. Itu tawakal. Terima dengan redha dan bertahan mengawal emosi yang kurang jernih. Itu sabar. Bersabar memerlukan tempoh yang sangat panjang. Bagi PC, bersabar perlu diasah pada hati dan dalam diri. Hari ini sabar, esok kalau ada ujian lagi kita lebih sabar lagi dan seterusnya. Acuan sabar itu bila sudah ada dan terbentuk, inshaAllah bila ada dugaan kita terus berada dalam batansan dan ruang yang sedia terbentuk. Tawakal. walaupun kita sedia tahu, pada setiap apa pun yang terjadi itu adalah daripada Allah swt, atas mahu dan izinnya DIA, namun kita tetap mencari asbab daripada sesama makhluk yang menjadi perantara sebagai puncanya. Kerana PC juga begitu. Dan PC berasakan nak tawakal itu sedikit lebih sukar. itu balum lagi rasa waswas yang berbisik. Kata-kata hati dan fikiran yang berdebat. Bertawakal dan bersabar kedua-duanya ada godaannya yang tersendiri.
Semua memerlukan proses dan latihan. namun jangan terlalu lama mengambil masa untuk belajar bertawakal dan bersabar kerana kita tidak pernah tau bila maut menyapa kita.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Benarkah Bertawakal Lebih Susah Berbanding Bersabar
Tags:
Santai
Betul tu apa yang pd tulis di atas, kadang cik Ash ada begitu juga,
BalasPadamBesar dugaan mahu bertawakal.
Padamsemuanya bergantung pada penerimaan individu
BalasPadamBetul tu Syaz.
PadamMoga kita terus usaha didik sabar dan tawakal dalam diri.
BalasPadamsabar dan tawakal. senang sebut, nak buatnya susah
BalasPadambila dh usaha lpstu tawakal..kita berserah..apa jua yg berlaku ada himahnya
BalasPadambertawakal n reda segala takdir-Nya
BalasPadam