MODAL APA YANG KITA ADA

MODAL APA YANG KITA ADAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Bila sebut modal sangat dekat dengan urusan perniagaan. paling tidak pun modal air liur untuk basahkan tekak bercakap mempromosikan itu ini dilapangan. Tapi sekarang dengan situasi sekarang ianya adalah sangat kurang dan tidak diperbolehkan jugakan. jadi semuanya atas talian hujung jadi bermodalkan gadjet dan internet yang padu. Klik sana sini. In sya Allah lebih berkesan dan jimat juga. 

Ada yang sanggup berhutang dengan sesiapa sahaja. Ada yang sanggup membuat pinjaman halal berlesen dan selamat dengan agensi perbankkan yang menyediakan perkhidmatan pinjaman untuk perniagaan. Bukan mudah mahu mencari dan mengumpul modal. Mahu memulakan langkah pertama dalam bidang perniagaan. Tapikan, kalau memang minat berniaga tapi tak ada modal, mulakan dulu dengan menjadi dropship. Kemudiam dealer siapa satu satu masa boleh jadi stokist kan *maaf ya kalau PC silap guna kata atau susun*.

Kalau keluar daripada bidang perniagaan. Hidup seperti manusia biasa-biasa. Menjalani kehidupan seharian biasa-biasa. Letak diri sebenar-benar hambaNYA, pernah tak tanya diri sendiri, modal apa yang kita ada di dunia yang nak kita bawa keuntungannya nanti bila mula kehidupan baharu seterusnya bila hari berhitungan sampai.

Tepuk dahi.

Tuhan dah beri kita banyak sangat modal. DIA dah pinjamkan kepada kita. Sejak kita lahir pun sebenarnya kita bawa, manfaatkan dan kadang sampai terlupa bersyukur dengan modal yang ada juga. Allahu. Alhamdulillah ada banyak modal. Mungkin kita tak perasan. Sebab bila sebut modal, duit, duit dan duit lagi. Ada juga sebenarnya boleh dapat keuntungan tanpa bermodalkan duit. 

Lihat diri sendiri

Diri kita adalah modal. Bukan untuk diperdagangkan tapi digunakan untuk bekerja dengan menghidupkan dan mengaktifkan peranan masing-masing ke arah yang betul dan baik.

Kesimpulannya, kalau pening atau berasa risau tidak ada apa-apa modal, lihat pada diri sendiri. Diri kita keseluruhannya adalah modal yang telah Allah swt beri dan cipta dengan paling indah dan sempurna. Ada lidah dan hati yang boleh berzikir. Ada telinga yang boleh pilih untuk dengar hal-hal yang baik. Ada akal yang boleh membuat penilaian dan berfikira yang positif. Ada tangan yang boleh memasak, menanam dan menyayangi serta mencoret perkara-perkara baik.

Sekian
Tinta Perdu Cinta
Modal Apa Yang Kita Ada 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Macam ada sangkut paut post sebelum ni...?

    BalasPadam
  2. Salam ziarah blogwalking..semoga sentiasa ceria dengan apa juga penulisan di blog..syukur sentiasa ada pesan yang baik..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama