PENGISIAN USIA. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Memilih makanan atau minuman serta ubatan-ubatan juga suplemen terbaik untuk dimakan atau dimasukkan ke dalam tubuh itu usaha. Ya satu usaha. Logiknya bila betul-betul menjaga pemakanan dan kesihatan tentu sukar atai barangkali tidak dijangkiti penyakit. Hakikatnya belum tentu juga. Apa yang penting sudah berusaha untuk memilih dan memberi yang terbaik untuk tubuh sendiri. Siapa dan bagaiamana keadaan kita hari ini kerana nikmat usia atau umur yang Allah SWT pinjamkan. Di dunia inilah dengan nikmat usia kita boleh mengurus banyak hal, melakukan banyak perkara. Melunaskan banyak tanggungjawab setiap hari yang dilalui.
Carilah keberkatan dalam hidup. Berikan kualiti yang terbaik. Semua ini bermula daripada usia yang dipinjamkan. kalau tidak hidup bagaimana semua ini boleh berlangsung kerana di alam kubur dan seterusnya di alam akhirat nanti yang bersama kita adalah cuma hasil yang telah kita usahakan semasa hidup di dunia. Hasil daripada berapa usia yang dipinjamkan untuk hidup. Justeru itu, pengisian usia salah satu perkara yang sangat penting untuk diberi perhatian.
Ada yang suka mengembara. Melancong ke serata dunia. Menjelajah setiap benua sekadar suka-suka untuk berhibur. Ada yang suka ke mana-mana namun tumpunya lebih untuk mendekati alam semesti bagi mencerna idea dan menyamankan fikiran bagi membangun pelbagai idea demi karya. Ada juga yang gemar menjadi pembela nasib insan-insan yang sangat-sangat memerlukan. Ya sukarelawan. Sukarelawati. Tidak kurang ada yang tumpuannya lebih kepada amal ibadah tanpa menyisihkan tumpuan untuk yang lain juga. Tetap santai, selalu berhibur cuma dengan cara yang paling ringan dan sederhana.
Perasan atau tidak, setiap hari akan ada sahaja yang kita lakukan. Dan ya, sebenarnya itulah pengisian usia kita. Bezanya berat yang mana. Yang berfaedah atau yang sia-sia. Itu yang membezakan pengisian usia satu dengan yang lain.
Selamat Hari Malaysia semua.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Pengisian Usia
Tags:
Santai
Ruginya kalau kita isi dengan benda yg sia-sia...
BalasPadamSemoga apa ang kita buat ada manfaat..hari2 kala usia dah...banyak amal beribadah..mengharap redaNya
BalasPadam