PETAI MENGUBAH NAFSU MAKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Petai in the house. Baru beberapa hari lepas PC telefon mama babah. Ada juga tanya khabar pokok petai di kebun belakang rumah yang rajin berbuah. Alhamdulillah memang rajin sangat berbuah dan buahnya lebat, berpapan-papan. Tapi cuma mampu tengok je. Nak dapat makan boleh dikira dengan jari je. Lebih banyak beli daripada makan hasil daripada pokok sendiri.
Tumbuh, hidup dan mengeluarkan hasil atas tanah kita, namun belum tentu ada bahagian rezeki untuk kita juga. Ini hakikat, lebih-lebih lagi bila tanam pokok buah-buahan. Dalam rezeki kita ada rezeki untuk yang lain juga. Yang lain tu termasuklah haiwan, serangga dan orang lain.
Rezeki kami, en suami beli petai dengan kawannya. Cantik, setiap papan tu panjang, rapat matanya besar-besar dan alhamdulillahnya semua baik tak ada ulat di dalamnya. MasyaAllah. Syukur. Sebelum nanti dah selamat masuk perut baru teringat nak ambil gambar, ha apa lagi terus PC ambil gambar dulu.
Baunya. Bau petai yang kuat itu menjadi cabaran kepada orang lain. Orang yang suka makan petai apa ada hal, bau ke, tak bau ke layan je. Tapi bagi yang anti-petai boleh jadi gaduh bila member sakan makan petai. Lagi-lagi bila kencing dengan buang air besar. Wah lagi meroyan baunya.
Bau dan rasa petai memang agak susah nak hilang daripada mulut. Pekat dan tahan lama. Justeru itu petai menjadi salah satu makanan berbau yang makruh untuk dimakan. Lagilah kalau makan petai waktu bulan puasa. Adududu. Ghau ghau baunya.
Orang yang tak suka makan petai, jangan musuhi orang yang suka makan petai. Orang yang suka makan petai jangan sindir-sindir orang yang tak makan petai sebab situasi akan boleh berlaku sebaliknya. Suka jadi tak suka. Tak suka yang siap muntah-muntah bau petai tu, ha boleh jadi tergila-gila dengan petai.
Petai mengandungi kadar protein dan lemak yang tinggi. Selain itu petai juga mengandungi karbohidrat, air, kalsium, fosforus, zat besi, vitamin A, B1, B2 dan C juga. Apa yang lagi seronoknya adalah, Petai juga mengandungi Trytophan, yang mampu mengawal tekanan pada diri seseorang, trytophan dapat bertukar kepada serotonin dimana dapat menjadikan orang lebih relaks, gembira dan menjadi emosi lebih stabil. Ini PC ringkaskan serba sedikit fakta daripada rujukan PC di wikipedia ya.
Tidak peliklah petai mengubah nafsu makan. Boleh buat lebih kita yang gemar makan petai ni asyik berselera nak makan. Lagi syok kalau makan dengan geng yang hanto petai. Fuh memang padu. Makan sama-sama, nanti kentut sama-sama. Cuma kadang kembung perut atau sakit kepala tak sama sebab ada juga mulut tahan. Tapi perut tak tahan, kembung makan petai. Berangin satu badan. Hilang pening, dah kentut berdas-das eh makan lagi.
Kesimpulannya, sesuka apa pun kita pada sesuatu itu, ingat dan mesti berpada-pada ya. Jangan keterlaluanlah. Kita suka, mungkin ada baiknya pada tubuh tapi bila berlebihan jadi mudarat la pulak. Susah jugakan nanti. Diri kita juga yang menanggungnya. Macam petai ni, kalau makan kerap dan berlebihan ada kesan buruknya juga pada buah pinggang kita kerana petai mengandungi asid amino yang tinggi juga. Bukan petai je, apa pun jenis makanan dan minuman termasuk juga perbuatan-perbuatan kita.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
PETAI MENGUBAH NAFSU MAKAN
Tags:
Santai Peribadi
Berbaloi betul kalau dapat beli petai mata rapat dan besar. Puas hati masaknya pun. Alhamdulillah. Memang berselera makan kalau dibuat sambal petai ni.
BalasPadamabe kie x makan petai mentah. jika yg dibuat sambal tumis udang atau bilis tu makan la.
BalasPadamKita suka sangat petai tau
BalasPadamWak tak tahu rasa petai macam mana
BalasPadamsebab belum pernah makan petai walau seulas
hehehe kita baca tajuk je wak, terus terbyg bau petai! :p
BalasPadamdah le kita x makan petai hahaha
dulu saya tak pernah makan,bila dah besar baru rasa sedap petai ni =)
BalasPadamshida makan sikit2 je PC..tp suami boleh hebis kan berpapan2 asalkn mix dgn menu mcm udang sambal petai ke..mcm shida blh mkn 1 2 biji je,pastu cukup! ^_^
BalasPadamteringat bab nak membuang, kami sukan makan petai tau.hehehe
BalasPadam'pemangkin' selera ni...
BalasPadamseronoknya dapat petai mcm ni.. tapi tu lah, Cida tak makan walaupun blkg rumah ada pokok petai. suami saja makan
BalasPadam