Selagi Bernyawa Pilihlah Untuk Selalu Dekat Dan Bersama-sama

SELAGI BERNYAWA PILIHLAH UNTUK SELALU DEKAT DAN BERSAMA-SAMAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Tiada siapa yang tidak mahu selalu berada disamping keluarga. Ibu bapa terutamanya. Namun terkadang dan sudah menjadi lumrah tuntutan hidup membuatkan kita sebagai anak memilih untuk tidak tinggal bersama lantaran tugas atau kerja yang perlu digalas untuk menyara keluarga. Untuk kelangsungan hidup. Ada tanggungjawab yang perlu dilunas. Pada kerja. Pada keluarga juga dalam waktu yang sama. 

Tidak salah hidup berasingan atau berjauhan dari keluarga. Kerana niatnya jelas kerana memenuhi tuntutan kerja dan tuntutan hidup. Kalau yang masih menuntut ilmu terpaksa juga hidup berjauhan terpisah daripada keluarga. Ini semua sedia maklum. Ibu bapa dan keluarga juga sangat bersedia dan sedia mengerti atas apa yang perlu diterima dengan hati dan fikiran yang paling terbuka, tenang dan jernih.

Kadang apa yang kita mahu dan perlu tidak berada dekat dengan kita. Sehingga kita perlu membuat perhitungan dan pilihan yang berat. Keluarga. Masa depat. Semuanay sangat penting. Tiada keluarga tiada kita sedangkan siapa kita hari ini bermula dari ibu bapa kita juga. Hidup prlu diteruskan. Baik ladasannya pekrjaan, atau sedang menyambung pendidikan. Ya, yang selalu diketepikan adalah perasaan. Rasa yang perlu dimatikan sementara. Rasa yang ada tapi seperti tidak ada.

Jauh perjalanan luas pemandangan pelbagai pengalaman. Bila sedang berjauhan dengan ibu bapa, adik beradik dan saudara mara, doa yang selalu mengikat dan menjadi penyokong kuat. Mungkin zaman sekarang sedikit lebih mudah kerana teknologi sangat membantu. Berada di luar negara pun tetap sahaja masih boleh menghubungi satu dengan yang lain apatah lagi yang dalam negara sama berbeza negeri sahaja. Komunikasi dua hala tetap boleh berlangsung untuk mengurangi rasa rindu yang mencengakm. Rasa rindu jangan dibawa main-main. Boleh bawa maut kalau tidak ditangani dengan betul.

Selagi bernyawa pilihlah untuk selalu dekat dan bersama-sama. Dekat itu luas pengertiannya. Bersama-sama juga sangan dalam maknanya. Dekat dihati jauh di mata. Dekat dimata dekat dihati. Jangan dekat dimata jauh dihati. Jangan jauh dimata jauh juga dihati. Bersama-sama. Dulu bersama-sama bila fizikal berhampiran. Namun sekarang dimedia sosial inshaAllah boleh juga bersama-sama untuk sementara. Tapi apa yang PC maksudnya selagi bernyawa pilihlah untuk selalu dekat dan bersama-sama adalah, siapa pun kita, jika Allah beri peluang atau kesempatan, habiskanlah seberapa banyak hari dan waktu yang ada dan mampu untuk dekat dengan ibu bapa dan keluarga yang masih ada. Usahakan. 

Barangkali mereka pergi dahulu. Atau mungkin kita yang kembali lebih awal.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Selagi Bernyawa Pilihlah Untuk Selalu Dekat Dan Bersama-sama

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul. perlu Usaha untuk mencari jalan supaya dapat dekat dengan keluarga. Namun, jika tidak berjaya, kedua-dua pihak perlu reda dan jangan putus asa. Mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku,

    BalasPadam
  2. setuju PC..walau jauh mana, ibubapa wajib jgn diabaikan...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama