TERBIASA DENGAN KEBIASAAN

TERIASA DENGAN KEBIASAANبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم .Assalammualaikum wbt. Tidak mudah mahu berubah dan orang lain mahu mengubah. Apa pun itu lebih-lebih lagi perkara yang kurang baik nak ditukar kepada lebih baik. Setiap kita ada rutin. Ada tabiat. Ada kebiasaan yang biasa dilakukan jugakan. Terbiasa dengan kebiasaan itu PC rasa dialami oleh semua orang.

Nasi goreng. Barangkali daripada kita pandai makan, tahu merasa dan ngam dengan selera atau citarasa entah sudah berapa ratus kali kita makan nasi goreng. Suapan demi suapan. Itu kalau tahap sukanya dengan nasi goreng biasa-biasa sahaja atau sederhana. Habis tu kalau jenis yang hari-hari mesti kena ada menu nasi goreng. Nah. Selain roti canai, nasi lemak, mihun goreng, mi goreng, menu yang paling laku keras dan sering menjadi pilihan rakayat MAlaysia adalah nasi goreng oii. Apatah lagi zaman sekarang sudah ada kepelbagaian ketika memasak dan menyediakan nasi goreng. Padu!.

TERBIASA DENGAN KEBIASAAN

Antara salah satu menu yang mengenyangkan itu yang menyebabkan nasi goreng menjadi pilihan ramai orang. Tapikan, kalau kerap sangat makan nasi goreng pun kurang elok juga. Berpada-padalah.

Nasi goreng kampung pedas sekali
Walaupun pedas buat ketagih
Tidak ada salahnya ulang berkali-kali
Memang menghafal tidak mudah

Nasi goreng udang sotong ayam
Sering menjadi pilihan teman
Apabila galau mulut pun bungkam
Bungkamnya jangan lama keterlaluan

Nasi goreng paprik laku keras
Makan digerai atau bawa pulang
Membuat pertimbangan dengan akal yang waras
Jauh tidak diharap dalam genggaman tidakkan hilang

Nasi goreng cina kesukaan kanak-kanak
Mewah sayur dan juga udang
Elakkan ketawa terbahak-bahak
Hati nanti keras rasa selalu membahang

Nasi goreng belacan resepi turun temurun
Sesekali makan enak juga
Ilmu ditutntut perbaiki tamadun
Berkualiti generasi mantap akhlaknya

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
TERBIASA DENGAN KEBIASAAN


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. wah...pantun...btw, ns goreng mmg membuka selera

    BalasPadam
  2. Wkmsalam
    Selalu juga sarapan nasi goreng
    Sebab selalu aje nasik tah habis

    BalasPadam
  3. Biasakan diri pada perkara baik..tak apa merai pahala. InshaAllah

    BalasPadam
  4. Siap pantun nasi goreng lagi tu. Sedap nasi goreng. Nak menyediakan pun ringkas. Perut pun kenyang senang hati :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama