Termenung Mencari Idea

TERMENUNG MENCARI IDEAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Ada masa-masanya idea macam kosong sangat-sangat. kadang tu eh mencurah-curah pula. Begitulah resamnya PC. Bukan cuma sebagai blogger tapi sebagai isteri juga dalam bab nak masak apa hari-hari. Bila termenung maka melayang-layanglah fikiran. Macam kelapa parut, diperahnya kelapa parut tu sampai mennjadi hampas yang tidak ada pati santannya lagi. Santan cair pun tetap masih berguna. Ha gitu.

Gelisah tak bila termenung mencari idea. Harus gelisahlah. Risau tak. Harus risaulah. Ok sambung termenung lagi. Tapi nak sampai bila termenung sana, termenung sini. Masa terus berlalu. Hari terus bertukar. Jangan sampai hanyutnya berlarutan dan keterlaluan. Ah parah ni.

Termenung Mencari Idea
Gambar sekadar hiasan

Solusi.

Percayalah, idea ni suatu yang sangat unik. Allah nak beri idea kepada kita kadang luar jangkaan juga. Disekeliling kita ada banyak yang boleh kita ceritakan. Asal tidak menceritakan hal atau priversi orang. Ada banyak bahan bacaan dalam talian boleh juga jadikan rujukan. Asal jangan tiru bulat-bulat. kalau tiru pun sila beri kredit kepada pemilik asalnya. Buka youtube pun ok juga sebenarnya. Cari youtube yang pengisiannya boleh bantu kita mendapatkan sesuatu yang baik dan berfaedah. Kemudian olah la dengan cara dan gaya kita sendiri sebagai seorang blogger. Buka facebook. Cari info-info yang boleh di ketengahkan menjadi konten diblog. Mengapa tidak.

Termenung mencari idea itu suatu yang berat untuk di atasi. Bagi PC la. Mugkin sangat mudah untuk orang lain atasi. Sebab lain orang lain caranya kan. Ditambah sangat banyak isu semasa yang boleh juga dijadikan bahan bahasan yang diterjemah dalam bentuk penulisan cuma mahu atau tidak sahaja. Usahalah selagi boleh. Kepayahan yang dirasakan moga membuat kita sedar betapa perlunya selalu bersyukur dan lebih menghargai. Aamiin.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Termenung Mencari Idea

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul sangat tu PC kadang takde idea nak tulis apa. Tapi tulah kalau nak sayangkan blog kena paksalah jugakan. Jangan ikutkan sangat kadang bukannya takde idea tapi malas yang terlebih sangat huhuhu...

    BalasPadam
  2. termenung panjang kalau tak ada idea melintas.

    BalasPadam
  3. Uncle kalau bangrut idea... mesti kena keluar jalan-jalan...

    BalasPadam
  4. betul tu kadang kosong je tanpa idea apa-apa nak update , kadang idea mencurah-curah masuk macam air

    BalasPadam
  5. Tapi PC memang banyak idea menulis
    Ada saja tema dan topik menarik yang disampaikan

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah, akak tak de masalah dengan idea..memang banyak tapi bila nak menulis tu selalu tersekat bila semua nak keluar sekali, akhirnya letak tepi dan layan soc media..

    BalasPadam
  7. Samalah kita kak PC, termemung memikirkan idea nak update apa huhuhu.

    BalasPadam
  8. susah sbenarnya nak cri idea ni.. buntu trkadang.. tp busyra tngok akak selalu update mmg bnyk idea.. bagus

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama