TIDAK BERADA DIKASUT AKU DAN KAU. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Kata kiasan. Bahasa lebih mudahnya adalah tidak berada di tempat. Tidak merasai apa yang sedang terjadi. Kau tak alami apa aku alami. Aku tak alami apa kau lalui. Ha gitu. Mudah sahaja konsepnya.
Bila tidak berada disituasi itulah yang menyebabkan mulut tu mudah bercakap itu ini. Tak mulut, hati pulak membebel sendiri. Eh, yeke sendiri. Memang bebel dengan diri sendiri tapi Tuhan kan tahu semua. Tutuplah dengan apa pun, bicara hati hamba semua Tuhan tahu. Faham tak tu. Jadi kalau nak bermonolog pun kena hati-hati ya. Ada yang memerhati.
Tidak berada dikasut aku dan kau. Itu yang sering menarik perhatian. Kadang itu yang sering dicari-cari dan disingkap. Kasut sendiri molek disembunyi dalam almari. Eh kasut orang yang dah belubang kau angkut tayang kat orang. Adus. Hati-hati, janganlah mati sebelum waktu. Janganlah kering sangat wahai hati hingga hilang empati.
kalau tidak mahu mengurangi jangan datang menambah lagi rasa yang sudah tersedia dirasa. kalau tidak mahu membantu jangan kau sibuk membantut tak tentu hala. Kecil bagi kita belum tentu kecil juga bagi orang. Saiz kasut pun tidak sama beerti tahap permasalahan juga berbeza-beza.
Jangan jadi tukang yang merosakkan. Tukang canang itu bagus, tapi salah canang nanti mati boleh tercengang pahala melayang pergi ke orang. Sebelum apa-apa baik tanya dululah. Tak rugi luang masa bertanya daripada buang masa jual cerita meraih perhatian orang. Tak gitu.
Kesimpulannya, kusamkah, lusuhkah, koyakkah, reputkah kasutnya orang kalau dia selesa begitu bukan bermakna itu yang dia mahu juga. Dan belum tentu juga dia akan lebih selesa bila berada di kasut kamu yang cantik, baharu dan selesa. orang ni sukar dijangka. Tidak boleh juga kita heret dia agar seperti kita. kalau diatur pun belum tentu boleh diterima dan dia suka. Begitu juga diri kita. Sekian.
Tinta Perdu Cinta ❤
TIDAK BERADA DIKASUT AKU DAN KAU
Tags:
Santai
Lain tanggungjawab... lain jenis kasutnya juga...
BalasPadamkadang2 susah jugak untuk tidak melihat masalah orang berdasarkan pengalaman kita menghadapi masalah yg sama,, tapi kita nasihat saja setakat termampu lebih baik dari judge yang bukan2 atau2 berkata yang menyakitkan hati kan
BalasPadamDulu2 masa kat sekolah rendah, ada buat karangan 'Aku Sepasang Kasut'
BalasPadamSalam ziarah..
BalasPadamJadi diri sendiri..bersangka baik inshaAllah baik lah jadinya..