TIDAK ELOK MEMBEZA-BEZAKAN TAPI TIDAK SALAH MENCONTOHIKAN. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. PC letakkan pada diri sendiri dan PC tidak begitu suka dan sangat tidak selesa bila dibeza-bezakan atau dibanding-bandingkan. kalau pun orang lain nak nilai PC, nak beza-bezakan PC dengan orang lain, baik dikalangan saudara mara ke, sepupu ke, ipar dan biras ke, yang nak beza-bezakan tu cakap dengan orang lain atau simpan dalam hati sendiri jelah. Mungkin PC sahaja yang ada rasa begini. Bagi PC setiap orang ada lebih dan kurangnya masing-masing. Ada kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.
Menasihati boleh, menegur boleh tapi bila ada situasi membezakan atau membandingkan keterlaluan atau berlebihan ianya tidak langsung seperti menyemai benih dua darjat dan mewujudkan dua atau lebih kasta. Kalau nak beri motivasi supaya ada semangat bersaing secara baik, ada caranya. PC sendiri pun ingatkan diri sendiri kalau boleh elakkan ada sikap atau kebiasaan membeza-bezakan. Kita sama-sama ada maruah. Ada air muka yang mesti sama-sama dijaga.
Membeza-bezakan lain. ''Adik -adik senang, abang kakak susah memanjang, bila nak senang macam adik-adik. Tak malu ke''. Melihat perbezaan lain. ''Pucat je, tak sihat ya''. Membahas perbezaan yang terlihat lain. ''Abang lebih rendah daripada adik, nak tahu mana abag mana adik mudah ni''.
Intro dah berjela. Nak cerita apa sebenarnya ni PC oii. Aduh. Hehehe.
Tidak elok membeza-bezakan, sangat betul dan lebih banyak kesan kurang baiknya bila sikap sebegini berterusan baik dalam keluarga, masyarakat dan negara juga. Tapi kita boleh gantikan dengan cara tidak salah kita mencontohi apa yang baik daripada orang lain, masyarakat lain juga negara lainkan. Secara tidak langsung ada rasa positif yang terpancar daripada hati dan fikiran kita. Kita cari yang baik, orang lain sama-sama maklumkan perihal yang baik, kemudian contohi. Rasanya ini lebih menyihatkan jiwa dan minda. Menghindari rasa dendam dan iri hati juga.
Kalau sebelum-sebelum ini telah banyak kita mengguris dan menyakiti, sempena hari Jumaat mewah rahmat ini kita mulakan langkah baharu untuk berubah. Belum terlambat. Tapi jangan esok lusa diulang lagi perangai kurang comel tu. Ok. Kita cubalah.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Tidak Elok Membeza-bezakan Tapi Tidak Salah Mencontohikan
Tags:
Santai
Kadang2 takde niat pun nak membezakan.
BalasPadamCthnya.. Cuba ikut mcm kakak.. Tak suruh blajar kakak tau je bila nak belajar. Ha gituu
biasalah dlm adik beradik tu ada yg pandai dan ada yg lemah dlm pembelajaran. jadi jgn dibezakan anak2..
BalasPadamkadang2 tak berniat membezakan..tp tersebut jugak ... bimbang hatinya terguris
BalasPadam3 perenggan tu intro... :D
BalasPadamTak suka dibandingkan. Kadang kena didik hati sendiri, jangan bezakan orang kalau taknak kita dibandingkan. Risau kadang terbandingkan orang. Sedih bila dibandingkan. Perbandingan ni isu besar jugak bila difikirkan. Huhu...
BalasPadammemang tak enak dibeda-bedakan. Akan timbul sedih yang tidak bertepi.
BalasPadamkengakdang ada waktu tu susah gak nak berlaku adil, kan. mula lah membeza2kan. mmg tak best.
BalasPadam