ANTARA HARAPAN DAN REALITI

ANTARA HARAPAN DAN REALITI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Setiap orang ada harapan. Harapan untuk lakukan sesuatu. Harapan menjadi seseorang. Harapan hari ini lebih baik daripada semalam. Harapan untuk hidup di muka bumi ini. Setiap orang juga boleh membina harapan yang indah-indah dan manis-manis. Tak ada salahnya pun. Tapi harapan itu belum tentu boleh menjadi satu realiti. Ada yang boleh dan ada yang mungkin Allah swt tangguh dulu untuk kita di dunia tapi nanti Allah swt beri di akhirat.

✒REALITI : Keadaan yang nyata bukan (bukan khayalan), kenyataan, hakikat
✒HARAPAN : Sesuatu atau seseorang yang diharap (kan)

Realiti, tidak ada sesiapa pun yang tidak suka bila apa yang menjadi harapan bertukar menjadi realiti. Nikmat sangat. Macam mimpi rasanya. Namun begitulah hakikat hidup kita. Dan sekarang kita banyak berhadapan dan mesti melalui juga menerima realiti. Apa yang berada di hadapan mata, di sekeliling kita dan apa yang sedang kita lakukan. Berat atau ringan. Senang atau membebankan, semuanya menjadi realiti. Virus Corona-19 itu ada. Contoh realiti. Vaksin yang telah kita terima itu realiti. Ada banyak lagi realiti yang kadang kita tidak mahu tetapi Allah swt beri kerana DIA tahu kita boleh terima walau lambat.

Kalau harapan itu mungkin sesuatu yang masih lagi berada pada garis tengah antara ya dan tidak, berjaya atau gagal, jadi atau tidak jadi, realiti pula sesuatu yang sudah dan telah terjadi dan sedang terjadi. Kedua-duanya saling berkaitan dan saling ada kena mengena. Sebahagian besar realiti asalnya harapan yang menggebu-gebu daripada hati dan fikiran manusia.

Disokong dengan usaha serta doa-doa yang berterusan maka harapan tidak mustahil menjadi realiti. Dalam realiti ada hasil. Hakikat yang tidak mampu disangkal adalah, realiti terjadi daripada gabungan usaha, doa dan tawakal hamba serta takdir indah daripada Tuhan juga. 

Antara harapan dan realiti. Syukuri setiap realiti tetapi sebagai manusia jangan menolak bahawa harapan itu bukan sesuatu yang sia-sia selalu ada dalam hati dan fikiran kita. Sekian.

Tinta Perdu Cinta ❤
 ANTARA HARAPAN DAN REALITI 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama