BAHASA DAN GURAU KASAR SUAMI ISTERI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Suami imam dalam rumahtangga. Ketua keluarga. Sebolehnya buat yang terbaik semampunya. Untuk isteri dan anak-anak yang sedia ada dan bakal lahir kelak. Besar dan berat tanggungjawab seorang suami. Tapi ringan bagi seorang suami itu kalau dia faham akan agama dan tahu apa itu tanggungjawab. Isterinya seperti kawan baik, penasihat, sahabat, peneman. isteri bukan di atas untuk dijunjung. Tidak juga di bawah untuk dipijak tapi isteri untuk dibimbing dan dilindungi. Disayangi.
Santuni satu sama lain dengan baik kerana Allah. Niat awal bernikah adalah ibadah kerana Allah selain sunah dan mahu menyempurnakan sebahagian agama. Setiap pasangan ada cara masing-masing membangun rumahtangga. PC yakin setiap pasangan itu berbeza petua dan prinsipnya dengan pasangan yang lain untuk menjadikan rumahtangganya sentiasa sakinah, mawadah dan rahmah. Cara pasangan ini begini, mungkin tak sesuai dengan kita dan pasangan. Cara kita dengan pasangan macam ni eh belum tentu juga boleh diguna pakai oleh pasangan lain.
Sentiasa mendoakan pasangan, saling menghormati, selalu menghargai walau dalam hal kecil pun, dan jangan tinggal gurau senda dalam rumahtangga. Tak kisahlah sekali dengan anak-anak bagi pasangan yang sudah ada anak, atau cuma berdua bagi pasangan yang belum dikurniai anak. Tak kisah, tapi gurau senda itu penting sangat-sangat bagi PC. Jadi pemanis dalam rumahtangga. In sya Allah malaikat pun rajin nak masuk dalam rumah kita. Sama-sama mendoakan kita dengan pasangan.
Tertarik untuk PC bahas soal bergurau senda suami isteri. Awal-awal PC dah cakap, setiap rumahtangga tak sama, pengisiannya, peraturannya, pengurusannya termasuklah budaya sosialnya juga. Rumahtangga ni macam satu kerajaan kecil. Tidak selalu damai, ada juga sesekali ombak memukul pantainya. Ada juga roller coasternya, jadi tenangkan dan hidupkan semula dengan gurau senda. Walau orang kata buat lawak tak berapa nak cerdik. Tak pun lawak ulang semula. Apa ada hal. Rumahtangga kita kan. Ko jangan sibuk do komplen itu ini. Hehehe. Termasukalah kalau bahasa dan gurau suami isteri tu kasar macam nak berperang.
Bahasa dan gurau kasar suami isteri. Ada ke?. Adalah, sebab PC pernah jumpa pasangan macam ni. Entahlah bagi PC ok je. Bagi sesetengah orang nampak kasar dan kadang macam kurang adab. Tapi bagi PC yang tahu mereka berdua suami isteri. Paling penting penerimaan masing-masing sebenarnya. Suami ok, isteri on, tak ada masalah. Lagi la kalau sama-sama naik gila perangai tu. Sempoi. Macam kawan-kawan. Jadi orang lain yang tengok jangan panas pulak. Sekali lagi, cara menghidupkan suasana ceria dan bahagia rumahtangga lain-lain. Ikutlah selesa dan redha masing-masing.
Tak takut nanti anak-anak tiru ke. Ada banyak kemungkinan. Mungkin anak-anak sudah faham itu sekadar gurauan ibu bapa mereka. Lagi satu mungkin gurau kasar itu cuma ketika mereka berdua dan tidak ketika bersama dengan anak-anak.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
BAHASA DAN GURAU KASAR SUAMI ISTERI
Tags:
Santai
Uncle kategori gurau kasar dengan aunty... hehehhee
BalasPadamsy jenis sensitif kalau dgn suami ckp ksar atau gurau melampau sikit tersentuhh hati airmata cepat mengalir tp skrg blh control dan kadang2 ok la
BalasPadamsomi dah faham kot he heee 21 thn berumahtangga
lain pasangan lain penerimaan nya kan tak sama
pada pandangan mata org luar mungkin x sama pd yg sebumbung ni kan
ammi & suami kalau bergurau ehhhh tetiba keluar pulak bahasa negeri sembilan. padahal kalau ckp biasa...mmg guna bahasa biasa
BalasPadam