BILA SUDAH SEMAKIN BERUSIA. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Usia ni rezeki, nikmat, ujian dan tanggungjawab. Tak semua orang Allah izin dan rezekikan dia usia yang panjang. Daripada usia inilah banyak nikmat kita kecapi. Pelbagai. Sangat tidak terhitung juga. Daripada kita dalam rahim ibu sudah banyak nikmat Allah beri kepada kita. Nikmat itu ujian dan ujian itu tentulah ujian yang nyata. Ujian yang sukar dikesan adalah ujian dalam nikmat. Semakin lama Allah izin kita hidup di alam ni bererti semakin banyak dan berat tanggungjawab yang mesti kita galas dan lunaskan keranaNYA.
Kalau berdoa minta Allah lanjutkan usia kita atau panjangkan umur kita tidak mengapa tapi tambah sikit dalam doa tu semoga dengan usia yang seterusnya kita menjadi hambaNYA yang lebih taat pada suruhanNYA. Lebih mahu mendekatinya sentiasa. Dalam usia itu juga sentiasa ada keberkatannya. Sangat penting supaya semakin kita berusia semakin ingat DIA bukan semakin jauh daripada DIA. Semakin bersyukur bukan semakin kufur. Semakin sedar mati kian dekat bukan semakin menjauh. Semakin tipis rasa cinta pada dunia bukan semakin tebal sayangnya pada segenap harta.
Bila sudah semakin berusia jangan pernah berasa bangga diri dan yakin sudah bergandanya amal ibadah yang dilakukan. barangkali ya, barangkali tidak. Kalau ya, syukur alhamdulillah. Sekiranya tidak ambillah kesempatan untuk lebih berubah ke arah yang lebih baik. Aamiin. Kalau boleh lebih tumpu pada urusan akhirat. Sebelum itu usahakan menjaga sebak-baiknya kesihatan. Maklumlah bila sudah semakin berusia, mata semakin kabur, selera semakin tumpul, banyak lagi yang semakin berkurangan daya mampunya. Mungkin itu cara kita diingatkan.
Kudrat semakin terbatas untuk lakukan banayk kerja dan mengurus banyak hal. Mahu tidak mahhu kita memerlukan orang lain untuk membantu serba sedikit. Semoga dalam segenap kekurangan dan keterbatasan yang ada, semangat kita untuk terus beribadah semakin tajam dan kuat serta menebal dalam diri.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Bila Sudah Semakin Berusia
Tags:
Santai
btul tu..semakin berusia lebih dekatkan diri dgn DIA...berubah utk lebih baik
BalasPadamWkmsalam
BalasPadamBila dah sampai umur warga emas ini, wak banyak rasa perubahan dan kekurangannya
2 thn lg nak masuk 5 series. takutnya bila pk hari kematian nanti..
BalasPadamMasa kecik2 dulu, tak pernah terfikir akan melalui usia setua sekarang.
BalasPadamnak duduk bersimpuh mengaji lama-lama pun tak larat..kene melunjur pula dan bila melunjur rasa macam tak beradab je dengan Quran yang dipegang
BalasPadamSubahanallah..ilmu tu tak pernah akan habis..alangkah bagusnya bila berusia kita sihat ceria dan kuat ibadah...seperti itu kita nak kan..
BalasPadam