Cucur Udang

CUCUR UDANGبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Bila dah mula buat rasa nak buat je. Bila dah mula masak mula nak masak je. Begitulah kami ni suami isteri. Kadang masak menu yang sama dua tiga kali selang sehari. Ada orang masak satu menu, tunggulah lama sikit baru masak semula. Dulu PC macam tu. Sebab mama pun macam tu. Menu yang sama tapi jaraknya tu jauh dan lama, tapi bila selepas berkahwin, cara encik suami lain pula. Ikutkan sahajalah. 

Selera nak makan cucur udang timbul. Haaaa hari ni buat cucur udang, nanti lusa encik suami nak cucur udang lagi. Selang dua tiga hari nak cucur udang lagi. Tapi PC buat tak banyak, untuk sekali lalu makan. Makan panas-panas sedap. Buka selera. kecuali nak beri pada jiran baharulah buat lebih.

cucur udang

Dah beberapa kali buat cucur udang dah habis baru teringat nak ambil gambar. Kali ni teringat terus ambil gambar. Dari kecik dah kenal cucur ni. Tak kisahlah cucur bilis ke, cucur udang ke, cucur sayur ke, cucur jagung ke atau cucur manis. Cucur ni dah jadi menu mesti bila berkumpul ramai-ramai. Kalau arwah nenek PC, dia tahu cucunya nanti makan udangnya je, jadi udangnya tu dicincang halus. Sebati la dengan adunan tepung tu. Amik kau nak pilih macam manakan. Ha sila makan semua tak ada nak pilih-pilih. 

Cucur udang tersusun rapi
Tersusun rapi dalam pinggan
Jangan sekadar bicara berapi-api
Tapi asap yang ditinggalkan

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Cucur udang



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Jangan lupa... adunan sos juga penting

    BalasPadam
  2. Cantik cucur udang PC. Kita kalau buat cucur udang memang potong kecik2 udangnya terus, tak pandai la buat yg mcm kat kedai ni

    BalasPadam
  3. memang..kalau time berkumpul adik bradik especially kat meja makan.. cucur le jadi teman. makan sambil borak cicah sana sini

    BalasPadam
  4. Sedapnya nampak cucur udang PC tu. Makan panas-panas lgilah bertambah sedap kan...

    BalasPadam
  5. Yumms fav ni.

    Masa kerja office dulu, ni antara makanan wajib petang petang. Abang yang jual tu dah faham dah, nak order cucur udang tapi tak nak udang 🤣

    Kalau dia busy, kena lah beli mcm biasa and kopek sendiri. Tak suka udang tu, rasa tercekik🤣

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama