Cuma Bercakap Dan Harus Melakukan Jauh Beza

CUMA BERCAKAP DAN HARUS MELAKUKAN JAUH BEZA. Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم Assalammualaikum wbt. Terbalikkan telapak tangan itu mudah. Begitulah bila bercakap.Mahu mencamtumkan jari kelingking dengan ibu jari dalam keadaan telapak tangan bertelangkup itu susah. Begitulah mahu melakukan sesuatu. Kalau telapak tangan menadah memang mudah nak temukan ibu jari dengan jari kelingking. Ini barangkali mudah seperti orang yang cuma melihat. 

Boleh bercakap belum tentu mampu melakukan. Boleh melakukan dengan baik tidak mustahil terjadi walau kurang bercakap. Tapi ada juga seiring, dia bercakap pandai melakukan pun tip top.Bererti bukan cuma pandai merintah sahaja.Tapi bergerak segenapnya setara dan serentak. 

Ada yang minat sangat mengatur itu ini sedangkan tidak berminat untuk turun ke bawah sama-sama yang berat dipikul yang ringan dijinjing. Mahunya segera sentiasa. Apa yang dilisannya semua penting dan utama baginya, barangkali terlupa untuk berfikir setiap orang itu ada kepentingan dan keperluan masing-masing yang belum dilisankan. Kalau pun diungkapkan seperti mencurah air ke permukaan daun keladi. 

Mohon pengertiannya dan bersabar. Tersangat mudah untuk memudahkan banyak urusan tanpa menyebabkan diri sendiri dan orang lain terjerat dalam kesusahan. Bekerjasama dan jangan banyak karenah.Itu sahaja. Mudahkan. Turunkan ego. Sama-sama kerah tenaga melakukan sesuatu dalam dan sebagai satu kumpulan. Mudah, segera, pantas dan boleh mnejadi yang terbaik. Tak ada ruginya pun.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Cuma Bercakap Dan Harus Melakukan Jauh Beza


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama