JADIKAN MUDAH SAHAJA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Selamat berhari Sabtu semua. Selamat bertugas bagi yang bertudas. Selamat beristirehat bagi yang sedang bercuti ya. Di mana pun kalian berada semoga segala urusan dipermudahkan olehNYA. Lancar semua. Tetap perlu patuhi SOP ya.
Mematuhi SOP pun salah satu cara mumudahkan orang lain dan diri kita sendiri juga. jangan kita sibuk suruh orang patuh SOP, tapi diri sendiri langgar SOP. Sama-samalah ya. Sedikit demi sedikit kelonggaran diberi kepada kita. namun begitu ianya bukan satu tiket untuk disalah guna atau merapu entah apa-apa. Hargai dan gunakan dengan betul serta sebaik-baiknya.
Sebaik-baikny jadikan mudah perkara yang mudah. Kalau perkara itu sukar pun, kalau boleh jadikan mudah, maka permudahkanlah. Asal jangan memang perkara itu serius dan perlu perhatian lebih tapi dibuat tidak endah. Itu memang tidak wajarlah. Sesuaikan dengan keadaan dan keperluannya juga.
Indah sungguh mentari senja
Pemandangan indah terapi jiwa
Hidup perlu bergurau senda
Kurang kedut awet wajahnya
Berlapis ada tujuh warnanya
Sesekali muncul mengheboh suasana
Bawa santai kena pada urusannya
Perkara sukar mudah akhirnya
Duduk sendiri sambil mengarang
Mengarang syair intan baiduri
Bila senang memudahkan orang
Senang juga urusan sendiri
Apa yang kembali kepada kita, dasarnya adalah apa yang kita telah lakukan. Apa yang kamu beri itu yang bakal kamu terima kembali. Tetapi jangan hairan ya kalau sebaliknya yang berlaku. Kita baik-baik sahaja, kita tak usik orang lain, tapi eh, orang lain kacau kita. Percayalah dalam dunia ini tidak semua orang suka akan hal baik. Berasa tidak senang hati dengan perkara baik. Disamping itu semua tidak lain dan tidak bukan ujian daripada Tuhan.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
JADIKAN MUDAH SAHAJA
salam hujung minggu PC
BalasPadamsantai petang membaca pantu kat blog ni..hehehe
BalasPadamWah, ada pantun kali ni...
BalasPadamWkmsalam
BalasPadamSama2 kita permudahkannya
Begitu la hakikatnya. Duduk diam-diam pun ada yang iri. Selamat berhujung minggu PC. ^^
BalasPadambetul tu...kalau dah duduk baik baik masih ada yang mengganggu...anggap je la ujian hidup... susah nak puaskan hati semua orang
BalasPadamsemogaAllah permudahkan urusan kita seharian n seterusnya
BalasPadam