KEMBALI PERPALING KEPADA TUHAN

KEMBALI BERPALING KEPADA TUHAN | Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Tuhan tidak pernah tinggalkan hamba-hambaNYA. Walau kita selalu ingkar akan suruhanNYA. Walau kita selalu main-main dengan ketetapan hukum yang telah ditetapkan olehNYA. DIA tetap sahaja beri apa yang DIA mahu beri. Walau kita banyak langgar syarat. Apatah lagi berpaling tadah. Besar rasa kasih Pencipta kepada hamba-hambaNYA. Sedang hamba seringnya tidak memperduli.

Perdulinya hamba padaNYA terkadang cuma ketika berada dalam kedukaan, kesempitan, kesakitan, kepahitan, kejatuhan dan kelukaan. Walau tidak semua begitu, masih ada yang tetap sangat cinta dan setiap padaNYA dalam apa pun situasi hidupnya. Namun tidak kurang sebaliknya. Allahu. Malu. Tapi kadang malu cuma dilisan tidak diiman.

Ada orang cepat sedarnya. Alhamdulillah. Sedangkan ada orang lambat mahu menyedari dan menerima hakikat. Masih terus menanti hidayah. Masih terus berkira-kira. Sedangkan sudah seribu empat ratusan tahun kita dihadapkna dengan kisah dan pengajaran berharga.

KEMBALI PERPALING KEPADA TUHAN

Untuk pulang ke titik permulaan terkadang tidak perlu lalui jalan yang sama. Minta Tuhan tunjukkan jalan lain yang lebih baik dan selamat untuk kita sampai tujuan menuju kepadaNYA semula setelah tersasar. Jangan tunggu esok untuk kembali berpaling kepada Tuhan setelah sekian lama berpaling daripada Tuhan. Hidup ini tiada jalan yang benar-benar lurus kita temui untuk tiba di destinasi. Kalau lurus pun laluan itu belum tentu permukaannya rata hingga ke hujungnya. 

Cabaran selalu ada untuk kita semua. Kembali berpaling kepada Tuhan bererti kita sedang menperbetulkan diri. Merawat iman yang terletak dihati. Yang dilaksanakan dengan tindakkan oleh jasad. Sesuatu yang asalnya putih bersih, bila hitam, tetap sahaja boleh kembali putih dan bersih bila rajin dibersihkan. Lantaran kita hamba lahir dalam keadaan yang bersih dan suci.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤ 
KEMBALI PERPALING KEPADA TUHAN 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Alhamdulillah, inspirasi sungguh :) Terima kasih

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian bermanfaat PC!

    BalasPadam
  3. tak dapat kata apa. Subahanallah..nice infor

    BalasPadam
  4. Semoga kita semua ditetapkan iman.
    Semoga yang tersasar kembali ke jalan yg lurus.

    BalasPadam
  5. Semoga iman kita bertambah baik. Semoga kita sentiasa berasa di jalan yang lurus

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama