KENDERAAN BERTAMBAH KESABARAN JANGAN SEMAKIN BERKURANG

KENDERAAN BERTAMBAH KESABARAN JANGAN SEMAKIN BERKURANG |  Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Beberapa waktu jalanraya seolah sepi. Sangat kurang kenderaan yang ada di atas jalanraya. Kecuali dengan sebab tertentu. Pemandangan baharu yang aneh dan menyeramkan juga. Lagi la sewaktu fasa pertama waktu awal-awal dahulu ketika COVID-19 baharu menyerang negara kita. Jadi gerun dengan suasana yang sepi di jalanraya. Semua ada waktunya. kelonggaran demi kelonggaran diberi dan dibenarkan.

Alhamdulillah.

Permulaan baharu bermula 11 Oktober. Merentas negeri diperbolehkan akhirnya. Nah di sini bermulanya pelbagai rasa dan ragam manusia. Bermacam gaya penunggang motosikal dan pemandu kenderaan baik kenderaan ringan ataupun kenderaan berat. Kesesakan lalu lintas. Kalau sebelum-sebelum ini sebut sahaja kesesakkan lalu lintas mesti waktu hari raya. Tidak pun ketika ada cuti umum yang bertemu hujung minggu atau cuti hujung minggu bersambung dengan sebarang cuti umumkan, tapi tidak kali ini. Sungguh weiii. Tidak sama sekali dan jauh bezanya.

Kenderaan bertambah kesabaran jangan semakin berkurang. Setiap hujung minggu jalanraya menjadi padat. Kesesakkan lalu lintas bukan perkara aneh lagi. Jangan mimpi jalan lenggang dan cuma kenderaan kita sahaja yang ada. Jangan. Apatah lagi di kawasan rehat dan rawat. Sekarang ni tidak hujung minggu pun kenderaan sangat banyak. Meriah jalanraya. Tapi jantung berdenyut kencar. Berdebar-debar. Dah dig dug serr serr serr.

Sebelum-sebelum ni dengar saudara mara dan kawan-kawan mengeluh penat diperjalanan yang mengambil masa lebih lama dan panjang kerana kesesakkan jalanraya. Dari kenyang jadi lapar. Stok makanan dalam kereta pun habis tapi tak sampai-sampai, sekali pengalaman sendiri memang mencabar. Huhuhuhuhu.

Penat, masing-masing mahu segera sampai. Tapi tidak boleh kerana kenderaan yang banyak ianya sangat membataskan kelajuan, maka kesabaran yang sering menjadi pertaruhan. Ditambah dengan cuaca yang tidak langsung menyumbang peratusan naik dan turunnya mood kita. Apa pun, nikmat dengan hati yang paling kental ya. Kita berdoa, minta boleh bebas seperti sahulu kemudian Tuhan mengizinkan, apa sahaja kena terima dan jangan lupa untuk bersyukur.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
KENDERAAN BERTAMBAH KESABARAN JANGAN SEMAKIN BERKURANG

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. alhamdulillah..masa balik pagang hari tu jammed sikit je kat KL. tempat lain...semua lancar walaupun hujan lebat sepanjang perjalanan

    BalasPadam
  2. Wkmsalam
    memang menguji kesabaran kalau terperangkap dalam kesesakan jalan raya berjam2

    BalasPadam
  3. Di Keningau juga sama..semua keluar ..seolah lepaskan gian jalan2 ..kereta punyalah sesek dek..hehehe

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama