KERANA CARA PENERIMAAN YANG BERBEZA. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Orang ni boleh dan mudah terima dan contohi. orang tu pulak tidak boleh dan susah nak mencontohi. Mungkin menjadi satu tanda tanyakan. Walhal kadang dalam perkara mudah dan ringan sahaja pun. Jawapannya adalah kerana cara penerimaan yang berbeza satu dengan yang lain. Itu sahaja. Firaun tidak beriman dan menganggap dirinya Tuhan, sedangkan Asiah isteri beliau sangat beriman dan selalu membantu Nabi Luth. Kerana cara penerimaan yang berbeza. Tidak hairanlah mengapa penyebaran agama Islam dahulu Nabi Muhammad saw sebarkan secara berperingkat dan senyap-senyap pada awalnya.
Tidak semua orang mendengar dan menonton rancangan atau acara lawak ketawa terbahak-bahak. Ada yang lawaknya sedikit sahaja, biasa sahaja, kadang lawak yang berulang dan diulang-ulang tapi boleh buat kita ketawa berterusan. Teringat-ingat lagi. Boleh senyum sendiri. Ada yang cuba bersungguh-sungguh melawak tapi kita tak rasa geli hati pun, makin rasa tak seronok sedangkan orang lain ketawa je berdekah-dekah. Penerimaa. Ya itulah hakikatnya.
Baik secara langsung di masjid- masjid, di surau-surau, secara langsung atau menonton di media sosial seperti youtube dan sebagainya, sekarang majlis ilmu mudah diakses. Ramai ustaz, ustazah, da'i dan sebagainya memiliki kelulusan dan kebenaran sah untuk menyampaikan ilmu agama. Berdakwah dengan cara penyampaian masing-masing bagi menarik minat penonton dan pendengar. Namun begitu sedihnya masih ada lagi yang bersenang lenang dengan maksiat dan hal yang kurang baik. Tetap berbalik lagi pada penerimaan.
Ada orang mudah memaafkan dan melupakan. Ada yang boleh memaafkan tapi tidak melupakan. Ada yang tidak kedua-duanya. Tidak memaafkan apatah lagi melupakan. Boleh nasihati, tapi kita kena hormat juga apa yang dia rasa dan alami. Itu urusan dia dengan Tuhan. Dan ya, penerimaan dan beradabtasi dengan keadaan itu sukar dinilai dengan cara apa pun. Ada cepat dan ada yang lambat untuk menerima. Hidayah yang dicari. Hidayah yang ditunggu. Kedua-duanya ini ada kaitan dengan cara penerimaan yang berbeza.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Kerana Cara Penerimaan Yang Berbeza
Tags:
Santai
Rambut sama hitam..hati lain2.
BalasPadamPuan.. saya rasa ada kesilapan dalam ayat ni..mohon betulkan dan padam komen saya ini.. "sedangkan Asiah isteri beliau sangat beriman dan selalu membantu Nabi Luth."
BalasPadamterima kasih