Langkah Pertama Jiran

LANGKAH PERTAMA JIRAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Semakin lama semakin ramai yang mula jauh perjalanannya. Semakin luas pemandangannya. Semakin bertambah kilometer semakin bertambah juga risiko apa pun itu. Tapi, selagi mana sentiasa berhati-hati dan berjaga-jaga, in sya Allah baik-baik sahaja nanti ya. Selebihnya tawakal padaNYA. Tawakal jangan membabi buta. Kena ada landasannya juga. Jangan terus selesa dan jangan terus buang rasa waswas atau berjaga-jaga. Tetap mesti ada. Berani sangat pun bahaya. Lebih bahayanya libatkan orang lain. 

Bila sudah ramai yang mula jauh perjalanannya, bererti akan meninggalakan kediaman buat sementara waktu. Tak kisahlah dalam masa yang sebentar atau lama mengikut keperluan dan pilihan masing-masing jugakan. Selain keselamatan diri dan keluarga, keselamatan tempat tinggal juga kena ambil kira. Suka, suka juga. Tapi jangan suka sangat. Tetap mesti jaga-jaga. Langkah pertama jiran.

Kita adalah jiran. Kita ada jiran. Setiap jiran ada peranan sendiri-sendiri. Ketika jiran kita tidak ada di rumah kita tolonglah intai-intai rumahnya. Dan bila kita tidak ada di rumah minta tolong jiran jeling-jelingkan rumah kita. Sama-sama dan 'saling'. Kalau ada apa-apa jiran yang dapatkan kita dulu. Macam tu juga bila kita tahu jiran kita ada masalah, kita dapatkan mereka dulu. Sementara tunggu keluarga. Tidak semua keluarganya tinggal berhampirankan. Jadi sama-sama memahami itu lebih baik.

Langkah Pertama Jiran

Tak di bandar atau di taman dan di kampung, sama sahaja. Jiran itu penting. Berbaik-baik dengan jiran itu perlu. Baik betul-betul. Jangan dah rancang nak ke mana-mana waktu tulah baru baik dengan jiran. Baru nak senyum, bertegur sapa. Bagi bubur kacang seperiuk. Hantar pulut kuning sedulang. Janganlah. Buat baik berterusan. Tapi jangan terlajak dan berlebihan pulak. nanti meluat pulak jiran tu. Agak-agaklah. 

Ada masa jiran seperti adik beradik yang boleh sama-sama bergurau. Ada masanya jiran ni macam VVIP yang mesti kita hormati urusan peribadinya. Ada ketika jiran ni macam ibu ayah kita yang boleh menasihati. Sesuaikan dengan keadaan itu lebih baik. Sesekali jumpa tapi mesra itu manis. Walau mugkin jiran kita beza agama, bangsa dan budaya, tetap hormati. Hargai. Dapat jiran yang baik itu nikmat sangat. Rezeki juga.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Langkah Pertama Jiran

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul tu PC.. alhamdullilah, jiran Kak Sue semuanya baik-baik belaka..

    BalasPadam
  2. betul
    alhamdulillah dikelilini jiran2 baik belaka
    insyaallah

    BalasPadam
  3. InshaAllah blog ni pun umpama kita berjiran ...Semoga gembira jumpa jiran ya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama