LELAKI KE PEREMPUAN KE CUBA KUASAI YANG ASAS. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم .Assalammualaikum wbt. Ada dulu satu zaman di mana setiap kelahiran anak perempuan itu dianggap suatu musibah dan menyusahakn sehingga ada anak perempuan yang ditanam hidup-hidup. Kecuali yang berjaya disembunyikan. Anak lelaki yang menjadi lambang kegagahan dan pemimpin masa akan datang. Ada orang Allah swt rezekikan semua anak-anaknya lelaki. Dan memang itu yang dia mahukan. Ada orang kesemua anak-anaknya perempuan dan memang itu juga yang dia hajatkan. Dan ada orang nak anak lelaki dan perempuan. Bila yang lahir lelaki, mula risau dan berdoa nak anak perempuan. Bila lahir perempuan lagi eh dup dapdup dap mengharapkan anak lelaki pula yang akan datang. PC percaya setiap orang ada keinginan dan hajat masing-masing juga. Tak salah ada impiankan. Ha gitu.
Lelaki ke perempuan ke tetap anak yang Allah swt titipkan kepada sepasang suami isteri yang. Lahirnya anak-anak inilah menjadikan sepasang suami isteri ini ibu bapa pula. Syukuri atas setiap nikmat yang dipinjamkan dan dikuriniakan oleh Allah swt. Kalau boleh jangan berkeluh kesah. Kalau boleh tetap sahaja agih rasa kasih itu sama rata. Kalau boleh jangan juga menilai dengan membezakan anak-anak itu daripada material atau layanan yang anak-anak berikan kepada ibu bapanya. Bila A bagi duit setiap bulan dan lebih, ibu ayah sayang lebih pada A. Bila B pandai ambil hati maka B dapat layanan lebih. Kesian C. Mana tahukan bila kita sakit, C la yang tunggu kita 24 jam. C la yang peduli kat kita. Mana A dengan B. A kan dah tunjuka kasih sayang dengan kebendaan. Duit dan sebagainya. B kan dah beli jiwa sebaik-baiknya. Ahakkk.
Apa paling penting biarpun dalam kesederhanaan atau sekadar kecukupan, ibu bapa mesti terapkan didikan agama yang baik kepada anak-anak. Selain didikan agama, pendidikan akademik dan kemahiran juga jangan disisihkan. Justeru itu lelaki ke perempuan ke cuba kuasai asas dalam seberapa banak biadang yang boleh. Asas sahaja pun sudah memadai. Kalau dapat kuasai lebih dengan mendalam itu tersangatlah baik. Tapi kalau dapat kuasai yang asas sahaja pun itu sangat membantu bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk orang lain juga. Mungkin tidak masa sekarang pada untuk masa hadapan yang kita tidak pernah jangka warnanya seperti apa.
Rukun Iman. Rukun Islam. Membaca. Menulis. Mengira. Memasak. Bertukang. Berkebun. Walau cuma asasnya. Tahu itu sikit. Tahu ini sikit, tak apalah, nanti seiringnya waktu semua itu boleh dipelajari lagi, boleh didalami dan digali lagi, boleh diteruskan lagi untuk dikuasai sedikit demi sedikit asalkan sentiasa rajin mahu belajar berterusan sepanjang hayat. Biarlah orang nak cakap apa pun. Terserah. Biarkan. Kerana satu masa nanti terkadang kita sendiri yang lap air mata kita. Kita sendiri yang merawat lukan yang ada. Orang yang dulu kata-katakita entah ke mana atau mungkin cuma memandang sahaja tanpa rasa.
Berbanding dahulu, sekarang serba mudah. Serba pantaskan. Tinggal kita mahu pilih yang mana dan bagaimana sahaja. Sekarang bukan lagi perempuan yang mesti pandai memasak, lelaki yang mesti pandai bertukang dan sebagainya. Tidak. Sekarang ni dah macam satu keperluan dan persaiangan. Persaiangan dan keperluan yang sihat, bukan tujuan untuk menjatuhkan mana-mana gender atau menunjukkan mana lebih hebat atau kuat. Tidak. Kalau perempuan boleh bertukang bukan bererti dia jantan. Kalau lelaki boleh memasak atua menjahit bukan bererti dia golongan yang lembut atau jalan tergelek-gelek atau tangan patah. Bersihkan persepsi. Ubah mentaliti.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Lelaki Ke Perempuan Ke Cuba Kuasai Yang Asas
Tags:
Santai