LIHATLAH BETAPA MUDAHNYA UNTUK MENCAPAI BAHAGIA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Bahagia menjadi dambaan setiap orang. Anak kecil pun mahu bahagia. Orang-orang tua apatah lagi sudah tentulah mereka mahu hidup lebih bahagia. kehidupan bahagia membentuk sahsiah atau personaliti yang baik dan sihat. Sihat luaran dan dalamannya. Cergas fizikal. Cerdas otaknya. Aamiin. Sekejap dah hari Khamis. Syukur.
Selalu bersyukur. Hal penting yang mesti kita selalu lakukan adalah mesti selalu bersyukur. Pupuk pada diri dan semua ahli keluarga kita agar sentiasa bersyukur dengan segenap nikmat. Jangan tunggu nikmat besar baharu bersyukur. Dapat nikmat yang kecil-kecil pun mesti kena bersyukur. orang yang rajin bersyukur, Allah tambah nikmatnya. Kadang kita tak nampak pun apa nikmatnya tapi kita dapat rasai namun sukar diungkapakan.
Positif. Mencari hikmah sebalik musibah. PC akui tidak mudah. Bayangkan bila ada musibah dan kita mahu mencari hikmahnya. Macam berperang dengan diri sendiri. Ibarat sakit hati tapi akal kata alah ada hikmahnya. Macam tulah. Mungkin mencari hikmah sebalik musibah ni tidak boleh dilakukan waktu itu juga. Seiringnya waktu, bila semua sudah reda, sedikit demi sedikit fikiran dan hati mula terbuka dan menilai dengan positif setiap sisi.
Mendoakan. Ibu bapa,diri sendiri dan orang lain. Kalau kita dapat bersedekah itu bahagia sangat. Kalau tidak pun mendoakan. Sebarkan seberapa banyak doa. lagi kalau apa yang kita doakan itu kita nampak hasilnya walaupun mungkin itu bukan kerana doa kita dan boleh jadi doa deripada orang lain untuk orang lain. Tak apalah tapi kita tahu apa yang kita doakan, dan berhasil, syukuri. Doa juga salah satu bentuk sedekah juga.
Bantu semampunya. Kalau ada sedikit macam mana nak beri banyak. Beri sedikit juga nanti bila menjadi lebih berilah lebih pula. Berjudi buat manusia miskin. Mengumpat buat manusia muflis. Tapi bantu semampunya in sya Allah buat manusia bertambah rezeki selayaknya daripada Allah swt. Mungkin cuma kita yang tidak sedar akan hal ini.
Lakukan apa yang disukai. Cipta bahagia. Kalau tidak berdaya untuk mewah, cukup pilih sederhana sahaja untuk cipta bahagia. Bahagia itu rasa dihati. Diolah oleh kreativiti digabung dengan kemampuan dan kehendak diri masing-masing. Bagaimana caranya. Seperti apa jalan ceritanya. Kita boleh usahakan, asalkan pilih cara yang betul, sihat dan waras.
Mudahkan?
Dan sebenarnya
Lebih kita hamba mendekati Tuhan lebih mudah untuk kita mencapai rasa bahagia itu, KERANA DIA MAHA PEMBERI RASA BAHAGIA.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
LIHATLAH BETAPA MUDAHNYA UNTUK MENCAPAI BAHAGIA
Tags:
Santai
Wkmsalam
BalasPadamBahagia tidak semestinya diukur daripada wang dan harta yang kita miliki
Semoga kita semua bahagia hingga hujung hayat.
BalasPadaminsyaallah
BalasPadambahagia dgn. bersyukur dgn apa. yg dianugerahkan
.
satu cara mencapai kebahagiaan, jangan bandingkan hidup kita dgn orang. dia bahagia cara dia, kita cara kita kan 😌
BalasPadam