Pekerjaan : Ada Pengalaman Bermajikan Tak Eh Biar Betul

PEKERJAAN : ADA PENGALAMAN BERMAJIKAN TAK EH BIAR BETULبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Lepasan sekolah. Lepasan universiti. Umum sedia maklum apa yang selalu menjadi sasaran dan matlamat utama adalah mencari dan mahu mengisi peluang dan tawaran pekerjaan yang ada. Baik dalam sektor kerajaan atau sektor swasta. Lumrah. Ada juga yang dari awal, belajar ambil khas bahagian kemahiran dengan tujuan selepas tamat belajar dan menimba ilmu, mahu bekerja sndiri sahaja dengan mengusahakan apa yang boleh diusahakan. Tak kisahlah mulakan dari sifar atau meneruskan perusahaan atau kerja-kerja keluarga turun temurun. Mengapa tidak.

Resume dah lengkap. Sijil-sijil dah susun rapi. Tiba hari temuduga soalan yang tidak pernah lekang dan terlupakan adalah ''pengalaman bekerja sebelum ini''. Ada majikan mahu pekerja baharunya sudah tersedia dengan pengalaman sebelumnya untuk bekerja dan diterima kerja. Ada majikan tidak kisah akan hal itu. Penting takpengalaman kerja untuk seseorangketika melamar pekerjaan atau jawatan baharu. Penting sebab majikan tidak perlu kerja lebih masa untuk tunjuk ajar lagi.

Pemohon pekerjaan pertama dan pertama kali. Wajarlah kalau mereka ini belum ada langsung pengalaman bekerja yang bermajikan. Kalau setiap majikan, jabatan atau apa pun sektorlah sentiasa mengutamakan pengalaman bekerja pada setiap yang memohon pekerjaan untuk mengisi jawatan yang ditawarkan, aduh, pening juga. Kalau semua majikan mahu bakal pekerjanya atau kakitangannya sedia ada pengalaman maka harus ada juga majikan lain yang bersedia beri peluang kepada generasi baharu nak mengenal alam pekerjaan ini menimba pengalaman bermula daripada sifar dan sifar pengalaman.

Soalan lazim ketika ditemuduga

Ada pengalaman bekerja tak sebelum ini?
Kerja di mana?
Berapa tahun dah pernah bekerja sebelum ini?

Eh biar betul. 
Betullah.

Percayalah dengan ketetapan rezeki. Percaya mesti kena percaya tapi jangan cuma percaya tanpa usaha dan doa.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Pekerjaan : Ada Pengalaman Bermajikan Tak Eh Biar Betul

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Kadang2 uncle terfikir... boss yang memberi peluang pertama tu sangat mulia....

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama