PENTINGNYA SATU PENJELASAN

PENTINGNYA SATU PENJELASAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Cakap depan-depan mengutuk. Cakap belakang mengata. Cakap yang baik-baik. Atau kalau nak lebih selamat diamlah. Dalam diam tu lentur hati ke arah yang lebih sihat. Zikir ke. Istighfar ke. Hafal ke. Boleh kalau kita mahu. PC pun mausia biasa. Tak lekang daripada dosa. kadang mulut senyap, tapi hati rancak berbicara. Tak menafikan juga. Tapi PC berusaha menjadi manusia yang lebih baik pada pandangan Allah swt. 

Apa aku cakap ni betul.

Memang ini yang dia cakap dengan aku.

Percayalah.

Yang menyampaikan dan yang menerima apa yang disampaikan. Dua-duanya ada kesan. Ada hal yang kena galas. Kalau pun betul sangat-sangat apa yang mahu disampaikan kepada orang lain sebagaiamana kisah yang diterima oleh orang lain itu, tetap sahaja tidak perlu juga sebenarnya. Mahu bercerita. mahu menyampaikan. Mahu menjelaskan. Tapi ada yang perlu ditapis-tapis.

Wajar atau tidak wajar. Wajar disampaikan atau tidak wajar. Wajar kita terima bulat-bulat atau tidak. Inilah tugas atau peranan kita. Balik semula pada kebijakkan seseorang itu. Semua ada kaitan dengan hati. Lebih jernih hati, akan lebih banayk yang ditapis sungguh-sungguh. Kalau lebih gelita hati tidak mustahil yang sedikit boleh ditokok tambah. Yang cetek boleh jadi dalam. Yang sebaldi boleh jadi selautan. Tak hairanlah boleh huru hara silaturahim sesama kita.

Allah swt berfirman;

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Al-Hujuraat 49:12)

Bila mahu berbicara, pilih dulu mana yang lebih ada kepentingan. Kepentingan yang aman untuk semua. Bukan aman untuk diri sendiri tapi buat orang lain serabut dan huru hara. Satu penjelasan itu penting. Memberi penjelasan penting. Menerima penjelasan penting. Mencari penjelasan LEBIH-LEBIH  lagi penting. Jangan gelojoh terima dan hadam cerita, takut tersedak dan tidak mustahil boleh bawa musibah.

Kadang-kadang lebih baik nampak jahat daripada menjadi manusia yang pura-pura baik. Kalau kita tengok orang tu nampak jahat sekurang-kurangnya kita tidak boleh berhati-hati tapi bila bersama dengan orang yang pura-pura baik ni tidak mustahil kita akan sentiasa menjadi mangsanya. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
PENTINGNYA SATU PENJELASAN

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. tp. reality nya yg suka berpura pura baik. itulah sering diberi perhatian dn. pujian oelh boss terutamanya . emm
    kan.

    BalasPadam
  2. Semoga kita semua dijauhi perbuatan yang tak baik. Aamin...Doa pada Allah dijauhi perkara yang tak baik..

    BalasPadam
  3. kena elakkan bersangka-sangka buruk.

    BalasPadam
  4. Wkmussalam
    Cakap yang baik2 mudah2an yang baik2 juga datangnya

    BalasPadam
  5. Sekarang nie Kak Sue lebih suka diam dari ulas benda yang boleh buat orang salah paham atau hasilkan perkara yang tidak baik..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama