Kerisauan Yang Dirasai

KERISAUAN YANG DIRASAIبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِÙŠ. Assalammualaikum wbt. Ada. Kerisauan yang dirasai. Lumrahnya manusia biasa yang sentiasa otaknya ligat berfikir. Bicara dihatinya sukar berhenti. Ya lisannya dimulut barangkali sepi sesepinya namun lisan dihatinya sukar untuk dibendung juga. Atau barangkali cuma PC sahaja yang begini. Hingga seringkali apa yang difikir terbawa dalam mimpi.Begitulah sikap manusiawi.

Hal kecil menjadi besar. Hal besar dianggap kecil. Urusan mudah dianggap sukar. Urusan sukar dibawa mudah. Lain orang lain cara penerimaannya. Lebih-lebih lagi bagi seseorang yang jenis pemikir dan tidak mudah menganggap mudah akan sesuatu hal. Baginya kecil itu besar dan yang ringan itu berat. Adakan jenis macam ni hinggakan meragut rasa tenangnya dan menjejaskan tahap kesihatannya juga dalam masa yang sama.

Tahap kerisauan orang tidak sama. Setiap orang ada urusan masing-masing yang perlu difikir dan diuruskan. Sejauh mana pun tegarnya fikiran dan hati sesorang itu adakala tidak boleh dinafikan kerisauan yang dirasai tidak mampu untuk ditolak atau disingkirkan dengan mudah dan ringan sahaja.

Lebih banyak manusia berfikir dan merencana lebih tinggi tahap kerisauan yang dirasai. Tidak fikir tidak boleh kerana sesuatu hal memang perlu difikirkan tidak boleh dibiar kosong sahaja. Apa sahaja yang dirasai pun tidak boleh juga diabaikan kerana tidak mustahil ianya menimbul masalah-masalah lain kelak.Sangat banyak situasi yang menyebabkan kerisauan dirasai. Tersangat banyak. Cuma diri sendiri terbuka untuk berkongsi atau sebaliknya. Mahu diceritakan dengan sesama insan atau cukup dikhabarkan kepada Tuhan. Tuhan yang beri rasa, kepada Tuhan juga kita kembali curahkan rasa. Mungkin dengan kerisauan yang dirasai itu salah satu cara Tuhan mahu kita kembali mencariNYA, berbicara sebagai seorang hamba kepada PENCIPTA.

Jangan takut bila ada terselit kerisauan yang dirasai dalam diri. Itu bererti melewati satu proses yang Tuhan beri. Cuma hati-hati mencari solusi.

Sekian.
Tinta Perdu Cinta ❤
Kerisauan Yang Dirasai
Overthinking akulah itu aku..

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Subahanallah....semoga apa juga perancangan kita dirahmatiNya. aamiin

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama