ROCKMELON | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Semangka merah mudah didapati berbanding semangka kuning. Tapi apa pun tembikai merah ke, kuning ke PC suka dan makan. Alhamdulillah.
Kadang bila rasa nak makan tak ada. Bila dah tak terfikir pun eh ada pulak. itulah rezeki. Allah swt akan beri pada masa dan keadaan yang sangat tepat. Syukur. Selalu honeydew, sesekali tukar pulak rockmelon. Kedua-duanya susah juga nak dapat. PC suka aroma wanginya. Honeydwe lebih lembut dan halus isinya, manakala rockmelon lebih rangup buahnya. Dua-dua sedap. Ada yang kata buah ini bersifat sejuk untuk yang ada asma, ada pulak kata bersifat panas bagi yang mudah cirit birit. Sebenarnya apa pun itu nak makan kena berpada-padalah.
Rockmelon mengandungi vitamin A, B6, C dan membekalkan kalium, niasin juga folat pada tubuh kita. Lagi satu kalau tak silap PC kalau ibu mengandung mengalami masalah air ketuban sedikit boleh cuba kerap makan buah ini untuk membantu menambah air ketuban juga. Ini berdasarkan pengalaman kawan-kawan PC dan atas nasihat pakar perubatan. Tak semestinya rockmelon, semangka biasa juga tak jadi masalah.
Rockmelon baunya harum
Rasanya manis membuka selera
lazim sebelum membeli mesti mencium
Kemudian bertanya berapa harganya
Kebiasaan, bila dah habis makan baru sibuk cari gambar yang dah siap buang kulitnya, memang tak adalah. Dah selamat masuk perut. Baru terhegeh-hegeh eh aku tak ambil gambar ke. Macam tak biasa. *bebelkan diri sendiri*
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
SELALU HONEYDEW SESEKALI ROCKMELON
Tags:
Santai Peribadi
Ini pun feveret uncle!
BalasPadamsusah nak jumpa kat sini, tapi kalau dapat best sangat
BalasPadamBuah2an yang lazat..sarat dengan vitamin..makan lah kerana sihat memakan buah2han ni
BalasPadamTahniah kembali dalam BLOGLIST HITS ..tahniah ya terpilih
BalasPadamade org depan kedai kami niaga jual..rockmelon..tp xpernah cuba..nnt boleh beli PC :)
BalasPadamNAMPAK MACAM SERUPA JA ROCKMELON N HONEYDEW KAN
BalasPadamSaya lebih suka honeydew, lebih lembut isinya.
BalasPadamsemua dalam keluarga tembikai saya suka. hehe
BalasPadambau tu yg buatttt sedappp he hee
BalasPadamhoneydew atau rockmelon dua2 sukaaa