SERIAWAN ATAU ULSER TIDAK PUN MATA IKAN

SERIAWAN ATAU ULSER TIDAK PUN MATA IKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Puncanya tergigit. Tidak pun terodok berus gigi. Ini yang PC sering alami. Menjadi punca sakitnya tak boleh bawa bincang. Ada orang sebut seriawan, tapi kalau PC sebutnya mata ikan tak pun ulser la selalunya. Nak senyum pun seksa. Apatah lagi nak makan, lagi kalau pedas atau masin, makanan tak telan lagi air mata dan meleleh.

SERIAWAN ATAU ULSER TIDAK PUN MATA IKAN

Tak sihat, sakit gigi dan kena seriawan atau mata ikan ni memang tumpulkan nafsu makan dan minum. Makanan kegemaran pun boleh jadi tiba-tiba tak gemar. Dahaga pun boleh jadi tak dahaga. Lapar pun sanggup tahan. Fuh. Nikmat memang tidak boleh didustakan dan dugaan juga jangan buat main-main geng. Sihat itu nikmat dan berharga. Allah tarik balik sekejap je pun dah rasa lain macam. Hambar. Maka, syukuri dan jaga baik-baik.

Ringkas apa itu seriawan yang PC baca dan faham daripada rujukan di wikipedia. Seriawan atau nama saintifiknya Vesicular aftosa. Terjadi kerana kelainan pada membran mukus mulut. Berpunca darpada luka pada mulut hingga timbul tompok berwarna putih kekuningan dengan permukaan agak cekung. Masalah seriawan  sering dijumpai, dan wanita lebih mudah terserang berbanding lelaki.

Ada beberapa faktor penyebab yang diduga menjadi penyebab munculnya seriawan, luka tergigit, mengambil makanan atau minuman panas, alahan, kekurangan vitamin C dan zat besi, kelainan pencernaan, kebersihan mulut tidak terjaga, faktor psikologi, dan keadaan badan yang tidak sihat. Bagi PC, lain orang lain sebabnya mengapa dia boleh kena seriawan ni. Kadang kurang minum, panas dalam dan berlebihan makan buah-buahan yang bersifat sejuk di luar tapi panas pada badan seperti semangka. Ikut ketahanan tubuh masing-masing juga. Ada juga yang seriawan dengan sebab pengambilan minuman berais berlebihan.

Kesimpulannya, tak kisahlah panggil apa pun, seriawan ke, atau ulser dan mata iakan, kalau ianya terjadi terlalu kerap dan berlarutan hingga berminggu-minggu pergilah jumapa pakar perubatan untuk dapatkan rawatan sebaiknya dan secepat mungkin ya. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
SERIAWAN ATAU ULSER TIDAK PUN MATA IKAN


  

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Tak pernah dengar seriawan tu. First time dengar. Biasa terkena ulser kalau terodok masa berus gigi tu. Sakit dia memang takleh bawak bincang. Lagi lagi makan pedas dan masam.

    BalasPadam
  2. Iyeeee.... uncle setuju! Sakitnya memany takleh bawak bincang!

    i feel you!

    BalasPadam
  3. Baru tahu nama lain bagi ulser atau mata ikan ialah seriawan.. seriauuuuu kalau kena ni, nak berus gigi sakit, nk makan sakit, nak minum air pun sakit 😅

    BalasPadam
  4. perkataan seriawan tu pertama kali dengar.. selalunya panggil ulser lah.. Sha selalu kena kalau badan tak cukup air dan panas..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama