SALAM MAULIDUR RASUL 1443H. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Tahun kedua sambutan Maulidur Rasul sangat berbeza dirasakan. Sangat-sangat berbeza. Kalau tahun-tahun sebelum ini, sebelum COVID19 melanda negara kita, sangat meriah sambutan Maulidur Rasul tidak kira di mana sahaja. Di masjid-masjid, di surau-surau, di sekolah-sekolah, di jabatan-jabatan dan di mana pun itu akan mengadakan sambutan dan majlis Maulidur Rasul. Para ustaz dan ustazah yang diundang memberi ceramah berkisahkan Rasulullah saw. Sedari baginda dalam rahim ibunya sehinggalah baginda wafat. Dengarlah berapa banyak kali pun tak ada rasa jemu. Jauh sekali bosan. Tidak sama sekali. Sebaliknya semakin rasa sayang, cinta dan rindu dengan baginda.
Muhammad bin Abdullah inilah nama baginda. Abdullah bin Abdul Muttalib ayahandanya dan bondanya bernama Āminah bt Wahab. Sedari kecil baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan seterusnya bapa saudara baginda, Abu Talib bin Abdul Muttalib selepas baginda menjadi yatim piatu. Baginda dilahirkan di Mekah pada 12 Rabiulawal tahun gajah (6 Mei 570M atau pun 20 April/26 April 571M) berketurunan Quraisy. Halimahtus Sa'adiah merupakan ibu susuan baginda. Pada usia 25 tahun baginda berkahwin dengan Khadijah dan dikurniakan enam orang anak , dua lelaki iaitu Qasim dan Abdullah tetapi meninggal waktu kecil dan empat perempuan iaitu Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra. Anak lelaki baginda, Ibrahim hasil perkahwianan dengan Maria Al- Qibtiyyah juga meninggal semasa kecil.
Wahyu pertama yang baginda terima adalah sewaktu baginda sedang berada di Gua Hira pada usia baginda empat puluh tahun. Malaikat Jibril menyampaikan wahyu pertama itu kepada baginda atas perintah Allah swt. ''Iqra'', menjadi wahyu pertama. Wahyu yang disampaikan kepada baginda oleh Malaikat Jibril berlangsung selama dua puluh tiga tahun sedikit demi sedikit, sehinggalah ianya lengkap dan sekarang yang kita sedia maklum tidak lain dan tidak bukan iaitu Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Manakala setiap percakapan, tindakkan dan persetujuan baginda adalah sunnah. Dan hingga nanti kiamat, kita teruslah berpegang dengan dua perkara penting ini, iaitu Al Quran dan sunnah.
Ditinggalkan kemudian meninggalkan. Bersama Khadijah, baginda ditinggalkan kerana Khajidah wafat pada usia enam puluh dua tahun. Kemudian ketika bersama Aisyah, baginda pula wafat meninggalkan Aisyah.
kami ummaumu ya Rasulullah. Ummat akhir zaman yang sedang berat diuji keimanan kami. Semoga kami tidak leka dengan duniawi dan tidak kering hati dan lisan kami untuk terus berselawat ke atas mu.Moga nanti kita menjadi jiran di satu destinasi paling terindah. Salam rindu buatmu Ya Rasulullah kekasih Allah.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Salam Maulidur Rasul 1443H
Salam Maulidur Rasul.
BalasPadamSalam MaulidurRasul... Stay safe!
BalasPadamSalam maulidurrasul..selawat ke atas nabi
BalasPadam