Tamat Sebulan Oktober

TAMAT SEBULAN OKTOBERبِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم . Assalammualaikum wbt. Tiga puluh satu hari. Hari ini hari terakhir dibulan Oktober. Untuk kali ini. Untuk tahun ini. Adalah lagi Oktober pada tahun akan datang untuk kita. Hanya Allah swt yang Maha Mengetahui semuanya. Semoga masih ada. Aamiin.

Sekejap sahaja. Sudah tiga puluh satu hari. Bakal melangkah ke bulan yang baharu. Menempun dan mengisi lagi tiga puluh hari yang baharu Allah swt pinjamkan dan rezekikan kepada kita semua. MasyaAllah. Setiap hari akan ada sahaja kisahnya. Ceritanya. Kadang semua spontan sahaja. Kadang macam tidak percaya juga. Bila kita lalui, baru di situ ada bermacam rasa dan timba banyak pengalaman juga. 

Setiap hari-hari yang dilalui itu ada isinya. Tiada yang sia-sia, cuma kita ambil kisah atau biarkan begitu sahaja berlalunya hari yang dilalui. Semakin banyak masa perlu diluangkan untuk diri sendiri dengan Pencipta. Bukan bermakna perlu abaikan semua urusan dunia. Pun tak boleh la juga. Urusan duni diurus dengan sebaiknya membantu kita juga nanti diakhirat. Kalau di dunia kacau bilau, risau diakhirat begitu juga. Allahu.

Semoga terus Allah swt beri kesihatan dan ketenangan jiwa juga fikiran. Setiap hari tentunya ada sahaja cabaran dalam meneruskan kehidupan. Ada. Walau cuma cabaran kecil. Cabaran tetap cabaran. Dugaan tetap dugaan. Ketenangan membantu kita bertindak dengan wajar. Terus dekatkan diri kita dengan Pencipta.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Tamat sebulan Oktober

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Aameen. MashaAllah cepat masa berlalu..

    BalasPadam
  2. وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته semoga amalan kita mendapat penghitungan yg baik امين🤲🏼

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama