Tersesat Dan Salah Dahulu

TERSESAT DAN SALAH DAHULU. Ø¨ِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt.
Pertama kali kaki melangkah tentunya tidak lagi stabil berada diposisinya. Itulah kita sewaktu bayi dan kecil dahulu. Beralih ke usia yang lebih dewasa pun kita tidak pernah lepas daripada tersasar dan terjatuh.Kerana kita manusia tidak terhindar daripada lakukan khilaf.Daripada banyak kesilapan itulah kita belajar,taubat dan berubah.

Tersesat bukan bererti terus terpenjara dengan kegelapan.Ketika tersesat itu lebih banyak benda dan hal baru yang boleh kita temui. InshaAllah. Bukan bermakna mesti pilih kesesatan, tapi ambil sisi positif ketika berada dalam situasi yang kurang baik tiada ruginya juga. 

Salah. Salah lagi. Dan lagi.Sebelum menemui satu kebenaran ada ketikanya salah yang berkali-kali dilalui. Salah yang bukan disengajakan itu tidak salah. Yang menjadi salah bila sedia tahu salah tetap sahaja diulangi. Ya, itu salah. 

Ada hikmahnya bila tersesat dan salah dahulu.Ianya menyumbang banyak pengalaman dan ilmu.Lebih berdaya tinggi untuk mengatasinya masalah dan lebih cekap mengatasi apa sahaja situasi. 

Sekian
Tinta PC ❤
Tersesat Dan Salah Dahulu

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Bila berjumpa kesalahan dari situ kita belajar dari kesilapan...dari situ kita mula melangkah kearah kejayaan

    BalasPadam
  2. yang penting belajar dari kesalahan tu dan cuba untuk tak ulanginya lagi

    BalasPadam
  3. Bila tersalah. Perbetulkanlah.
    Kalau ada yang lain yg buat kesilapan, jgn kita perlekehkan bila dia hendak berubah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama