TUNDUKKAN DIRI SENDIRI DAHULU. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Musuh paling dekat dan bahaya adalah diri sendiri. Ada dalam diri kita sendiri baik itu dihati atau difikiran. Banyak nafsu dan banyak akal. Itulah kita. Dari sudut positif atau dari arah negatif. Kita sendiri boleh mahhu kawal atau memang biar lepas bebas dan meliar sahaja. Bergantung pada usaha dan doa kepadaNYA bagaimana.
Terkadang timbul pelbagai masalah. Nampak macam orang dan makhluk lain menjadi asbab atau punca besarnya yang sentiasa tidak pernah putus melanda, namun tidak mustahil rupa-rupanya kita sendiri adalah punca terberat dan terbesarnya. Ya, diri sendiri.
Kena mulakan daripada diri sendiri dahulu. Tundukkan diri sendiri dahulu. Leburkan ego yang tidak perlu. Padamkan keangkuhan yang tidak membantu. Korbankan sedikit selesa yang sekian lama mendarah daging. Kalau pun yakin benar setiap permasalahan itu puncanya daripada yang lain, elakkan menuding jari dengan paling pantas dan terpaling lurus dijari telunjuk. Takut hari ini dia pelaku esok lusa kita pun tiru.
Contohkan yang baik-baik. Untuk terima hal baik pun perlukan proses. Tidak hari ini tunjuk hal baik, hari ini juga semua bertukar lebih baik. Semuanya ada garis waktunya. Sabar. Sebagaimana diri kita sediri berproses untuk menjadi lebih baik begitu juga orang lain.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Tundukkan Diri Sendiri Dahulu
Tags:
Motivasi
betul, ibarat cermin diri sendiri dulu sebelum cari calar pada orang lain...
BalasPadamKena tengok diri sendiri macamana dan perbetulkan diri itu lebih baik :)
BalasPadambetul tu PC..apa2 pun diri sendiri dulu kena betulkan baru yg lain2 ikut..
BalasPadam