BERBALIK SEMULA JUGA NANTI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Balasan nyata yang paling segera dapat di dunia lagi tak perlu tunggu di akhirat kelak. Nikmat sedekah. Akibat derhaka dengan kedua ibu bapa. Allahu. kedua-duanya mudah untuk dilakukan dan kedua-dua-duanya juga memberi kesan besar dalam kehidupan kita walaupun kita dah mati nanti. Fuh.
Sekecil-kecil kebaikkan ada ganjaran kebaikkannya apatah lagi sebesar-besar keburukkan tentu juga ada balasannya kecuali bagi mereka yang segera dan sentiasa bertaubat nasuha. Buat baik mudah. Buat tak baik lagi la mudah. Sebagaimana pahala mudah mengalir begitu juga dengan dosa. Cuma kadarnya sahaja menjadi rahsia Dia.
Sesetengah orang berhati-hati nak buat sesuatu. Sanggup tunggu lama atau terus hindari. Sebab dia tahu akan ada harga yang perlu dia bayar. Ada orang nekad. Mungkin dia lupa ada balasan yang akan dia terima. Kita boleh tahu dan nilai tindakkan seseorang pada hal yang boleh dinilai dengan mata kasar. Kenapa dia macam ni. Kenapa orang tu begitu. Boleh nampak perbandingan dan perubahan.
Doa selalu semoga Allah swt ingatkan bahawa berbalik semula juga nanti kepada kita pada setiap tingkah, lisan dan apa pun itu yang telah, sedang dan bakal kita lakukan. Tak kena pada kita, boleh jadi pada darah gading kita. Atau sesiapa sahaja yang ada kena mengena dengan kita. Tak adanya kau-kau aku-aku. Memang kita tidak tanggung dosa orang lain dalam sesetengah hal tetapi kita akan tanggung akibat daripada perbuatan. Orang lain pun akan tanggung akibat daripada perbuatan kita.
Kenapa.
Satu kesalahan atau keburukkan yang kita atau sesiapa sahaja lakukan akan menghapuskan seribu kebaikkan yang telah kita buat. Orang lebih mudah dan ingat perkara tidak baik dan terus menyebut-nyebutnya berbanding mengangkat hal-hal baik yang positif untuk dijadikan tauladan sepanjang masa.
Jadi.
Beringatlah sebelum terlanjur melakukan hal yang tidak baik. Tidak semestinya pada perbuatan sahaja. Pada lisan juga. Kalau dengan hanya menterbalikkan layar boleh menyelamatkan sekalian anak kapal, maka lakukanlah. Jika diam itu menyelamatkan diri daripada azab api neraka, maka buatlah. Semoga dosa-dosa kita seperti buih-buih dipermukaan air laut. Banyak namun mudah pecah dan hilang. Manakala pahala kita melebihi pepasir dipinggir pantai hingga ke dasar lautan.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
BERBALIK SEMULA JUGA NANTI
Tags:
Santai
Terima kasih atas pesanan..
BalasPadamTk peringatannya
BalasPadamBuatlah yang baik2 untuk mendapat balasan yang bak2 juga
Innalaillahi wainnailaihirojiun... Kehidupan dunia hanya sementara dan hanya menanti masa untuk ke tempat yg kekal abadi. Buatlah amalan terbaik untuk diri dan semua. Terima kasih peringatannya
BalasPadamtu yg kita belajar..buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sekali
BalasPadamnoda hitamdosa sukar terpadam
BalasPadam